PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 17 TIMUR DAN BARAT
PPM-002-10-18112019
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
• Persatuan merupakan sebuah organisasi formal di mana penubuhan
dan pengurusannya tertakluk kepada peraturan, undang-undang dan
akta yang ditetapkan. Persatuan perlu diuruskan atau ditadbir dengan
baik bagi memastikan perjalanannya mencapai objektif dan matlamat
penubuhannya. Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan
seseorang ahli akan dapat menambah pengetahuan dan
pengalamannya yang mampu mematangkan pemikiran dan
meningkatkan keyakinan diri.
• Satu elemen penting yang tidak boleh dipinggirkan dalam berpersatuan
ialah konsep kesukarelaan. Konsep ini merujuk kepada kerja-kerja yang
dilakukan oleh ahli-ahli secara sukarela tanpa mengira waktu, tenaga
dan wang ringgit dan bukan untuk memperoleh pendapatan atau
keuntungan. Konsep kesukarelaan dapat digambarkan menerusi
kesanggupan ahli persatuan menjalankan tugasan tanpa paksaan dan
mengharapkan pembalasan. Selain dari itu, kegiatan berpersatuan juga
amat penting dalam memupuk semangat toleransi, perpaduan dan
menghapuskan perasaan prejudis.
Maklumat Pertubuhan
1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
2. Mengwujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa
3. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di 1 kalangan mereka
4. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat
5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk
6. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat
Latar Belakang Pertubuhan
Penubuhan Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur dan Barat bertitik tolak dengan kejadian Garaj kereta. Alhamdulillah kerana isu garaj ini menjadi penyebab kewujudan Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur dan Barat dimana selama ini penduduk seksyen 17 masing-masing bual hal sendiri tanpa memperdulikan hal jiran-jiran. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja ini telah diadakan pada 10 November 2019 untuk membentuk dan mendaftarkan persatuan ini dihadiri oleh 40 orang.
Permohonan Pendaftaran Persatuan ini telah diajukan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 11 November 2019. Kelulusan pendaftaran Persatuan ini dikeluarkan oleh ROS pada 18 November 2019 dengan nombor pendaftaran PPM-002-10-18112019
Syarat-Syarat Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa i. Kewarganegaraan : Malaysia ii. Umur Minima : 18 tahun iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor iv. Keturunan/Bangsa : Semua v. Jantina : Semua vi. Agama : Semua vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat Tiada
D. Ahli Seumur Hidup Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan. 2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendak
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- SUMBANGAN RM50 APABILA AHLI MENDAPAT ANAK
- SUMBANGAN RM50 APABILA AHLI BERKAHWIN KALI PERTAMA
- SUMBANGAN RM50 APABILA AHLI MENINGGAL DUNIA DAN MENGERAKAN TABUNG SUMBANGAN
- SUMBANGAN RM50 ( BUAH - BUAHAN ) KEPADA AHLI YANG SAKIT ( DIMASUKAN KE HOSPITAL ) HANYA 1 KALI DALAM SETAHUN
- MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH AHLI
Pautan Sosial Media
: | PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 17 TIMUR & BARAT | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |