PERSATUAN SINAR PUCHONG SELANGOR
PPM-002-10-28022014
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN SINAR PUCHONG SELANGOR BERMAKSUD MEMBERI PERTOLONGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN.
KETERANGAN LOGO
1. TANGAN BERMAKSUD MENGHULUR BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN BANTUAN.
2. BUMI BERMAKSUD MEMBANTU SEMUA MASYARAKAT TIDAK KIRA BANGSA, AGAMA DAN KETURUNAN.
Maklumat Pertubuhan
Visi
Membantu kanak-kanak, remaja, wanita, warga tua, orang kurang upaya dan masyarakat yang memerlukan bantuan. Menyumbang bantuan dari segi kewangan dan barang keperluan harian kepada yang memerlukan tidak kira jantina, bangsa, budaya dan keturunan.
"Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat"
Misi
Menentukan kumpulan sasar mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan yang kurang upaya. Membina dan memupuk semangat tolong menolong, bantu membantu untuk mengukuhkan budaya ikram dan penyayang. Mewujud dan menyediakan kemudahan - kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan kumpulan sasar kearah kesejahteraan hidup mereka.
"Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial"
OBJEKTIF
(1) Melaksanakan perkhidmatan kebajikan masyarakat yang terbaik atau mencuba untuk menolong rakyat yang memerlukan yang tidak diselanggarakan oleh lain-Iain pengusaha atau pertubuhan;
(2) Mendapatkan pertolongan dan sokongan dari orang ramai dan Kerajaan untuk mencapai tujuan-tujuan kebajikan ini;
(3) Melakukan program kebajikan bagi orang-orang yang tiada sempurna anggota atau fikiran, yang serba kekurangan, yang sengsara dan melarat dan menyanggup atau membantu dalam tugas memajukan apa-apa rancangan yang mendatangkan faedah kepada kebajikan seperti yang dirancang.
(4) Bergabung dengan NGO kebajikan yang lain untuk membantu masyarakat sekitar yang memerlukan bantuan.
(5) Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan dan meningkatkan keupayaan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kebajikan.
Latar Belakang Pertubuhan
PERSATUAN SINAR PUCHONG SELANGOR (PSPS) telah ditubuhkan pada 28 February 2014. Ahli – ahli yang menubuhkan kelab ini merupakan individu dan penduduk yang tinggal di kawasan Puchong. Kesemua ahli yang menubuhkan Persatuan Sinar Puchong Selangor ini merupakan ahli – ahli Veteran yang berumur lebih kurang 40 tahun sehingga 65 tahun.
Pada awalnya Persatuan Sinar Puchong ini merupakan sebuat persatuan yang tidak didaftar dimana mana Jabatan Pendaftaran Malaysia. Setelah dua tahun berlalu, Persatuan kami dapati semakin hari semakin aktif dalan bidang sosial terutamanya dalam bidang kebajikan disekitar Puchong.
Oleh kerana Persatuan SAinar Puchong Selangor ini mendapat sambutan dan sokongan baik dari kawasan Puchong, kami sebulat suara bersetuju untuk mendaftar di Pejabat Pendaftaran Malaysia sebagai NGO yang sah.
Syarat-Syarat Keahlian
18 tahun ke atas sahaja
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat menolong masyarakat
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |