PERTUBUHAN PENGGERAK KOMUNITI IMPIAN
PPM-001-10-24032021
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERTUBUHAN PENGGERAK KOMUNITI IMPIAN
Maklumat Pertubuhan
KEBAJIKAN
Latar Belakang Pertubuhan
DAFTAR 24/03/2021 & KEBAJIKAN MASYARAKT
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan adalah terbahagi kepada kategori seperti berikut:
1.1 Ahli Biasa
(i) Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (ii) Umur Minima : 18 tahun (iii) Tempat Tinggal Ahli : Malaysia (iv) Keturunan : Terbuka kepada semua keturunan (v) Jantina : Lelaki dan perempuan (vi) Agama : Semua agama (vii) Kriteria Keahlian yang Lain: Ahli Biasa boleh dicalon dan memegang manamana jawatan di dalam Jawatankuasa Eksekutif dan mengetuai atau menjadi ahli mana-mana jawatankuasa kerja yang ditubuhkan.
1.2 Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa atau syarikat swasta yang berdaftar yang ingin menyalur bantuan untuk pendidikan serta hal 2 ehwal pelajar-pelajar. Seorang wakil boleh dilantik untuk menghadiri mesyuarat. 1.3 Ahli Kehormat
Ahli Kehormat dilantik oleh Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada individuindividu yang mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan ataupun kebajikan yang boleh memberi sumbangan kepada Pertubuhan. Ahli Kehormat tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan. Mereka boleh dilantik sebagai ahli mana-mana jawatankuasa kerja yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Eksekutif serta memenuhi kriteria berikut: i) Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (ii) Umur Minima : 18 tahun (iii) Tempat Tinggal Ahli : Malaysia (iv) Keturunan : Terbuka kepada semua keturunan (v) Jantina : Lelaki dan perempuan (vi) Agama : Semua agama 1.4 Ahli Seumur Hidup Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran seumur hidup
1.5 Ahli Junior
Ahli Junior terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur di antara 14 hingga 17 tahun serta mempunyai kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga yang sah. Mereka boleh dilantik sebagai ahli mana-mana jawatankuasa kerja yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Eksekutif.
Ahli Junior tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan dan memenuhi kriteria berikut: (i) Tempat Tinggal Ahli : Malaysia (ii) Keturunan : Terbuka kepada semua keturunan (iii) Jantina : Lelaki dan perempuan (iv) Agama : Semua agama Syarat-Syarat Permohonan Menjadi Ahli:
(1) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh (2) dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk diluluskan. Jawatankuasa Eksekutif boleh mengikut budibicaranya, 3 menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab sebabnya. (2) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, setelah membayar yuran kemasukan dan yuran keahlian tahunan yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan. (3) Seorang pelajar universiti atau kolej-universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh pihak pengurusan universiti yang berkenaan
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
MEMBANTU GOLONGAN MUDA B40
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |