PERTUBUHAN MUTIARA ASPIRASI MINDA PERKASA (M.A.M.P)
PPM-007-10-21092019
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Nama Pertubuhan: Pertubuhan Mutiara Aspirasi Minda Perkasa (M.A.M.P)
Nombor Pendaftaran: PPM-007-10-21092019
Alamat: No. 16, Jalan PJS 6/3G, Kampung Lindungan, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan ini di daftarkan di bawah kategori Kebajikan Masyarakat. Menitikberatkan kebajikan penduduk setempat dan kawasan di persekitaran, kami mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Di samping itu kami juga tidak melupakan golongan belia dan juga ahli pertubuhan kami sendiri yang sedang dalam kesusahann.
Latar Belakang Pertubuhan
Sebagai orang lama di dalam kawasan Kg. Lindungan, seringkali rumah Pengerusi kami dikunjungi ramai orang tidak kira golongan muda ataupun tua. Bermula dari situ, kami cuba mendengar cerita dan masalah mereka dan dalam masa yang sama membantu dalam menyelesaikan masalah terutama golongan - golongan muda. Tercetusnya idea untuk pertubuhan ini bila mana salah seorang dari ahli kami telah ditimpa musibah dan kami bekerjasama dalam menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban beliau dan ahli keluarga.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat - Syarat Keahlian:
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Tidak kira lelaki atau perempuan
- Tidak kira bangsa atau agama
- Dapat memberi sepenuh komitmen terhadap segala aktiviti yang akan dilaksanakan
- Yuran Seumur Hidup: RM 50
- Yuran Tahunan: RM50
Kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli pertubuhan kami boleh menghubungi kami di Laman Facebook kami M.A.M.P ataupun melalui email mamp3916@gmail.com
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan:
- Insurans berkelompok percuma bagi tahun pertama (Akan diaktifkan semula dalam masa terdekat)
- Berpeluang untuk menyertai hari keluarga (Acara Tahunan / Dwi-Tahunan)
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=100069782915571 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |