PERTUBUHAN REVOLUSI DIDIKAN HARAPAN (HOPE EDUCATION REVOLUTION ORGANIZATION) (HERO)
PPM-004-10-23112021
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Revolusi Didikan Harapan atau pun dikenali sebagai Hope Education Revolution Organization (HERO) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi tujuan mendidik dan membimbing generasi muda ke arah komuniti dan insan yang lebih baik. Pertubuhan HERO juga bertujuan bagi meningkatkan motivasi diri dan prestasi diri generasi muda serta pelajar kepada tahap yang lebih tinggi.
Maklumat Pertubuhan
- Memberi kesedaran kepada generasi akan datang berhubung kesan dan punca yang akan dihadapi sekiranya tersalah pilih jalan dalam hidup.
- Mendidik generasi muda berhubung pengetahuan asas yang perlu diketahui dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara.
- Membantu dan membimbing pelajar dan kanak-kanak yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran serta mencapai kerjaya.
- Memberi motivasi kepada para pelajar dan generasi muda untuk berdikari dan berani menghadapi masa depan.
- Memberi peluang kepada generasi muda untuk mempelajari kemahiran yang berguna bagi kehidupan mereka selain daripada pendidikan formal.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan HERO dimulakan oleh pengasasnya, Cik Kausalya Mahathevan yang merupakan seorang penjawat awam yang mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan generasi akan datang. Malah sebelum NGO ini didaftarkan secara rasmi, pertubuhan ini dengan sukarelanya telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan syarikat lain bagi menjayakan pelbagai program khidmat masyarakat, program bagi pelajar sekolah serta aktiviti kebajikan.
Syarat-Syarat Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Antara kelebihan yang diperolehi oleh seseorang individu dengan menyertai pertubuhan HERO adalah seperti berikut:-
- Akan diberikan sijil keahlian dan penyertaan jika aktif dalam program pertubuhan.
- Dapat membantu dan membimbing para remaja ke arah masa depan yang cerah dan terjamin.
- Dapat menyertai pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan.
- Dapat pendedahan dan pengalaman berhubung kemasyarakatan.
- Akan membantu anda memberikan sumbangan positif dalam pertumbuhan dan pembangunan masyarakat.
- Anda dapat meningkatkan kemahiran seperti perakaunan, kewangan, penyelidikan, pengumpulan dan pengagihan semula dana, ketepatan masa, kerja berpasukan, kerjasama dan kualiti kepimpinan.
- Sebagai sebahagian daripada pertubuhan, anda akan memperoleh kemahiran kepimpinan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/hero1121.hq | |
Youtube | : | |
: | hero1121.hq | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |