PERSATUAN PEKERJA DANDANG KEBANGSAAN (PPDK)
PPM-031-01-27012016
SOSIAL
Kategori
PEKERJAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PEKERJA DANDANG KEBANGSAAN
Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama : KJK (KOMUNITI JURUDANDANG KEBANGSAAN)
3. Bertaraf : Kebangsaan
Maklumat Pertubuhan
Matlamat,Misi & Visi :
a) Menghimpunkan semua jurudandang berkompeten dan juga pekerja dandang di peringkat bawahan di dalam satu persatuan.
b) Mengeratkan hubungan sesama jurudandang dengan merangka aktiviti-aktiviti yang dapat di sertai bersama bagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim.
c) Memperkenalkan kerjaya jurudandang sebagai satu kerjaya yang di kenali serta di iktiraf oleh syarikat dan masyarakat am nya.
d) Menjadi sebahagian mata dan telinga JKKP serta badan-badan kerajaan yang lain di dalam menjalankan pengkuatkuasaan Akta yang berkaitan.
e) Menyediakan ahli-ahli dengan maklumat dan ilmu pengetahuan yang terkini berkenaan pengoperasian dandang dan Akta.
f) Membantu ahli-ahli yang baru bagi mendapatkan peluang pekerjaan dengan tahap pendapatan minima mengikut harga pasaran.
Latar Belakang Pertubuhan
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN PEKERJA DANDANG KEBANGSAAN (PPDK)
- Nama Asal Persatuan : Kelab Jurudandang Kebangsaan (KJK)
- Tarikh Ditubuhkan : 06 April 2014
- Mesyuarat Khas AJK Penaja : 13 Disember 2015 di INB Resort, Melaka
- Tarikh Di Daftarkan : 27 Januari 2016 di ROS, Johor
- Nama Persatuan Di Daftarkan : Persatuan Pekerja Dandang Kebangsaan (PPDK)
- No. Pendaftaran : PPM-031-01-27012016
- Takrif Nama : Komuniti Jurudandang Kebangsaan (KJK)
- Alamat Berdaftar : No. 13, Jalan Duku 10, Taman Kota Masai, 81700, Pasir Gudang, Johor
- Bilangan Ahli Persatuan : 337 Orang
- Bank : Maybank Islamic (No Akaun : 551249515882)
- Mesyuarat Agung : TAHUNAN : Kali Pertama (Tahun 2016), Kali Ke-2 (Tahun 2017) , DWI TAHUNAN : Kali Ke-3 (Tahun 2018-2020) , Kali Ke-4 (Tahun 2021-2022)
Syarat-Syarat Keahlian
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 21 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain :
a. Memiliki Sijil Kompeten Enjin Stim Dan Dandang Stim
yang Di Keluarkan Oleh JKKP Malaysia.
b. Berkerja Disemua Sektor Di Dalam Malaysia.
B. Ahli Bersekutu
- Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. SUMBANGAN
1.1 Perkahwinan
Ahli hanya akan layak menerima sumbangan perkahwinan setelah membayar Yuran Tahunan kali ke dua atau telah menjadi ahli selama 1 tahun.
a. RM300.00 bagi perkahwinan isteri pertama .
b. RM300.00 bagi perkahwinan anak.
1.2 Kemalangan
Ahli WAJIB masuk wad untuk menerima sumbangan sebanyak RM300.00
1.3 Kematian
a. Khairat kematian bagi Ahli adalah RM500.00
b. Manakala bagi Tanggungan adalah RM300.00
*Setiap ahli hanya layak menerima sumbangan sebanyak Sekali Setiap Tahun.
2. Yuran Tahunan hendaklah di bayar pada 1 JANUARI setiap tahun dan tempoh yang di tetapkan adalah sehingga 31 MARCH setiap tahun (3 bulan).
*Jika Ahli Gagal untuk memperbaharui keahlian selepas 31 MARCH, Ahli akan hilang kelayakan manfaat sumbangan seperti Sumbangan Kematian,Sumbangan Kemalangan, Sumbangan Perkahwinan dan sebagainya.
Pautan Sosial Media
: | Persatuan Pekerja Dandang Kebangsaan (PPDK) | |
Youtube | : | Persatuan Pekerja Dandang Kebangsaan (PPDK) |
: | Tiada | |
: | Tiada | |
TikTok | : | Tiada |
Laman Web / Blog | : | Tiada |
Telegram | : | Tiada |