PERSATUAN KOMUNITI TAMAN DESA RAYA HULU LANGAT SELANGOR
PPM-004-10-09112019
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Komuniti Taman Desa Raya atau dikenali sebagai PKTDR merupakan persatuan penduduk yang melibatkan kawasan atau kediaman di Taman Desa Raya, Hulu Langat sahaja. Ditubuhkan Pada 9hb November 2019 secara rasminya melalui kelulusan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Tujuan utama Pertubuhan adalah bagi menjadi pemudahcara kepada pihak-pihak tertentu, sebagai badan induk yang menguruskan hal-hal taman seperti kebajikan, menjalankan program, menguruskan aset-aset taman dan yang berkaitan dengan komuniti.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Komuniti Taman Desa Raya atau dikenali sebagai PKTDR menjalankan operasi secara rasmi disebuah bangunan dikawasan taman yang dikenali Pusat Komuniti. Pejabat ini dilengkapi pelbagai kemudahan bagi urusan pejabat dan juga tujuan rekreasi seperti permainan dalaman contoh Karom, Dart, Ping Pong, Catur, Kompang dan mempunyi mini Perpustakaan. Kemudahan luaran juga disediakan seperti Jogging Track, Gelangang Futsal, Gelangang Sepaktakraw / Badminton , Permainan kanak-kanak dan jugak kawasan padang berumput.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejarah penubuhan Persatuan ini adalah daripada idea-idea belia tempatan yang ingin membangunkan semua kemudahan-kemudahan taman yang telah terabai, dan ininya sepatutnya diuruskan secara lebih sistematik. Kesedaran betapa pentingnya berpersatuan secara rasmi, ianya juga memudahkan penyaluran maklumat secara rasmi atau suara penduduk apabila terdapat beberapa isu. Ianya juga adalah salah satu plaform yang baik bagi menghubungkan taman dengan agensi-agensi luar terutama kerajaan seperti Penghulu, Ahli Majlis, Pejabat ADN, Pejabat Ahli Parlimen, Majlis Pebandaran, Polis, Bomba jugak Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Penubuhan asal dikenali sebagai Persatuan Penduduk Taman Desa Raya telah gagal didaftarkan secara rasmi oleh generasi terdahulu. Perkataan penduduk telah ditukar kepada Komuniti dengan melalui beberapa siri mesyuarat yang melibatkan beberapa generasi. Taman Desa Raya merupakan antara taman yang awal dibina dikawasan Ulu Langat.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian adalah secara individu yang tinggal dikawasan Tamn Desa Raya
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Ahli dapat Plate Keahlian Percuma untuk dipamerkan dihadapan rumah
- Suara atau cadangan secara rasmi akan dilayan oleh persatuan
- dapat sama - sama merapatkan ukwah kejiranan melalui penganjuran program oleh PKTDR
- Mewujudkan kejiranan tahap cemerlang
- Mewujudkan generasi lebih penyayang dan hormat menghormati
Pautan Sosial Media
: | facebook/pktdr | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |