DEWAN USAHAWAN ANTARABANGSA MALAYSIA (INTERNATIONAL ENTREPRENEURS CHAMBER MALAYSIA - IECM)
PPM-003-10-18052019
PERDAGANGAN
Kategori
DEWAN PERNIAGAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Objektif pertubuhan adalah untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan industri dagangan di Malaysia dan di peringkat negara-negara antarabangsa. Sebagai jaringan dalam meningkatkan ekonomi, sosial dan kebudayaan melalui perniagaan di negara-negara antarabangsa. Menjalin hubungan dua hala di antara Malaysia dan negara-negara sahabat melalui NGO Perdagangan. Asas penubuhan adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke negara luar dan merapatkan hubungan Malaysia dengan usahawan luar negara.
Sebagai NGO Perdagangan, IECM membantu negara meningkatkan taraf ekonomi para usahawan Malaysia melalui pembangunan 'capacity building'. Menggalakkan pelaburan, pembankan (Islamik dan konventional, insuran, pelancongan, seni dan kebudayaan melalui perniagaan di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.
IECM mempunyai visi untuk merapatkan hubungan dua hala di antara rakyat Malaysia dan luar negara di kalangan usahawan melalui keusahawanan. Menggalakkan usahawan Malaysia melibatkan diri ke arah industri 4.0 di setiap negara di peringkat antarabangsa.
IECM juga menggalakkan dan membangunkan peluang usahawan Malaysia di dalam bidang infrastruktur, sains, teknologi, organik dan Agro industri, membangunkan hub untuk industri halal, farmaseutikal, logistik dan aktiviti pengedaran di setiap negara di peringkat antarabangsa.
IECM bertindak sebagai NGO Perdagangan yang meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia. Menggalakkan hubungan perdagangan dan ekonomi di antara Malaysia dan negara antarabangsa. Misi memperluaskan peluang-peluang perniagaan dan ekonomi usahawan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Menggalakkan usahawan Malaysia untuk eksport produk tempatan.
VISI
Membantu meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia melalui hubungan perdagangan dan keusahawanan mengikut pelbagai sektor industri.
MISI
Misi memperluaskan peluang-peluang perniagaan usahawan Malaysia secara global melalui hubungan baik Dewan Usahawan Antarabangsa Malaysia /International Entrepreneurs Chamber Malaysia (IECM) sebagai NGO perdagangan dengan usahawan setiap negara luar.
OBJEKTIF
Menggalakkan hubungan perdagangan dan ekonomi di antara Malaysia dengan pembinaan rangkaian cawangan secara global mengikut kepelbagaian sektor industri.
ASAS TUJUAN :
DEWAN USAHAWAN ANTARABANGSA MALAYSIA/INTERNATIONAL ENTREPRENEURS CHAMBER MALAYSIA (IECM)
a) Menjadi satu platform yang terbaik bagi usahawan Malaysia mengembangkan perniagaan di dalam dan luar Negara.
b) Memperkukuhkan 16 Cawangan Negeri.
c) Membangkitkan ahli yang komited untuk mendukung serta memastikan visi Pertubuhan tercapai.
d) Ahli terdiri daripada usahawan Kebangsaan Malaysia yang berjaya dan disertai oleh golongan professional untuk memperhebatkan lagi jaringan dan hubungan usahawan Malaysia sehingga ke peringkat Antarabangsa.
e) Dewan Usahawan Antarabangsa Malaysia perlu berusaha meningkatkan taraf profesionalisme dan prestasi usahawan Malaysia (KPI).
f) Mengenalpasti peluang-peluang yang baik dan bermutu di dalam dan luar Negara untuk dimanfaatkan oleh Ahli-Ahlinya.
g) Berusaha mewujudkan dana kewangan untuk meningkatkan keupayaan usahawan melayu bersaing di dalam dan luar Negara.
h) Menentukan kawasan perniagaan dan perusahaan strategik bagi menyerlahkan kehadiran usahawan ini di dalam perniagaan.
i) Mewujudkan iklim perniagaan dan perusahaan yang beretika, jujur, sihat serta berkualiti dengan memberikan perkhidmatan yang beramanah.
j) Mewujudkan rangkaian perhubungan di antara usahawan Malaysia dan luar Negara di peringkat antarabangsa.
k) Bertindak sebagai payung dan suara bagi Ahli dalam menjaga dan mempertahankan kepentingan serta hak mereka.
l) Meningkatkan semangat keusahawanan di kalangan ahli.
m) Membantu ahli-ahli aktif dalam perdagangan dan perindustrian.
n) Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dalam semua sektor dan menyalurkan peluang-peluang ini kepada ahli-ahli Dewan Usahawan Antarabangsa Malaysia.
o) Mengendalikan semua aktiviti latihan sumber manusia dan fasilitasi jurulatih yang bertauliah.
p) Pihak berusahasama diberikan hak untuk penggunaan logo rasmi DEWAN USAHAWAN ANTARABANGSA MALAYSIA/INTERNATIONAL ENTREPRENEURS CHAMBER MALAYSIA (IECM) untuk semua iklan, laman web dan sebarang bentuk bahan bercetak di atas status sebagai rakan strategik modal insan, di samping penggunaan yang sama di dalam segala urusan surat menyurat dengan pihak klien, Kementerian Sumber Manusia, pihak pengurusan syarikat dan lain-lain lagi.
q) Selaras dengan misi IECM iaitu mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran usahawan Malaysia dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandas kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Latar Belakang Pertubuhan
Dewan Usahawan Antarabangsa Malaysia //International Entrepreneurs Chamber Malaysia (IECM) telah ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan alamat surat menyurat di D-7-2, Blok D, Bangi Gateway, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:
Ahli Biasa :
Kewarganegaraan Malaysia
Umur Minima 18 tahun ke atas
Keturunan : Semua
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Agama: Semua
Ahli Bersekutu:
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa. Usahawan daripada luar negara.
Ahli Kehormat:
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Presiden dan Ahli Jawatankuasa IECM Pusat dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Ahli Seumur Hidup:
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus dan boleh mengundi dalam mesyuarat.
Ahli Remaja:
Tiada
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Mengikuti program keusahawanan dan motivasi bersama usahawan di bawah platform NGO Perdagangan.
Mengikuti program kesedaran berbentuk persidangan atau seminar yang membolehkan penyebaran maklumat baharu tentang isu-isu yang berkaitan dengan kelangsungan usahawan kebangsaan Malaysia.
Mengikuti program sesi perkongsian ilmu dalam bentuk forum, bual bicara dan persidangan meja bulat yang melibatkan semua lapisan usahawan dan juga pakar di dalam pelbagai bidang dari dalam dan juga luar negara.
Mengusahakan penggunaan pelbagai media samada media cetak atau elektronik untuk menyampaikan mesej yang boleh memberi kesedaran dan pemahaman tentang peranan Dewan Usahawan Antarabangsa Malaysia/ International Entrepreneurs Chamber Malaysia (IECM) dalam menentukan survival usahawan kebangsaan Malaysia di negara ini dan diperingkat luar negara.
Menerbitkan dan menyelenggarakan bahan rujukan dalam bentuk buletin, buku, jurnal, monograph, poster, risalah video atau audio.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |