PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG UTAN BULUH ARAU PERLIS
PPM-006-09-16052019
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Matlamat -
1. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan
2. Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan terhadap golongan kurang upaya ini seperti yang terlalu miskin, terabai, teraniaya dan yang tidak mempunyai pelajaran akademik (buta huruf)
3. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara
4. Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan
5. Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk golongan kurang upaya ini seperti lawatan-lawatan riadah/rekreasi, senamrobik, bersukan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
6. Menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat
Visi- MEMBERI KEBAJIKAN YANG TERBAIK
KEPADA AHLI DAN MASYARAKAT
Moto -MEREALISASIKAN UTAN BULUH MENJADI DESA YANG MAJU DALAM SEMUA BIDANG SERTA MEMASTIKAN PENDUDUK SIHAT DAN SELAMAT
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Kampung ini di tubuhkan pada Januari 2019. Walau bagaimanapun sebelum ia di daftar kami bergerak atas nama Pakatan kenduri dan pengurusan kampung. Ia telah di tubuh lebih dari 30 tahun yang lepas. Kami beroperasi menjalankan kerja – kerja kebajikan kampung dan kenduri kendera kampung serta merancang dan menjalankan program bagi membangunkan kampung dari segi ekonomi dan sosial terutama kepada golongan muda.
Berdasar ahli persatuan sebanyak 1100 orang (keseluruhan penduduk) yang mana yang telah berdaftar dan membayar yuran seumur hidup seramai 40 orang pada peringkat awal.
Syarat-Syarat Keahlian
SYARATPERSATUAN INI ADALAH UNTUK SEMUA PENDUDUK KAMPUNG UTAN BULUH YANG TINGGAL DI UTAN BULUH ATAU YANG BERASAL DARI KAMPUNG UTAN BULUH BAGI TUJUAN MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA SEMUA AHLI
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
merupakan satu pertubuhan yang mempunyai koperasi desa lestari di bawahnya untuk segi penajaan ekonomi iaitu sebanyak 38 rellong ladang jagung dan pusat pengeluaran iks pekasam daging. Perstubuhan juga sering memberi bantuan dan kebajikan kepada ahli. Pertubuhan memjalankan aktiviti yang aktif iaitu sekurang-kuranya 3 aktiviti setiap minggu.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |