PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG DALAM WANG BALING KEDAH
PPM-019-02-31012017
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
1.Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial,
akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
2. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya
peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala
sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di
kalangan mereka.
3. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk
semangat kejiranan dan persahabatan.
4. Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati.
5. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
6. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
Latar Belakang Pertubuhan
1. Ditubuhkan pada bulan November 2016
2.Diluluskan pada 31/01/2017
3. Bermula dengan 10 orang ahli dan 7 orang ahli jawatankuasa
4. Tempat ditubuhkan di dewan komuniti kg Bechah Tok Bulan, Dalam Wang
5. Persatuan menggerakkan pelancongan eko di daerah Baling. Antaranya Gua Sireh, Gua Landak, Gua Gantung, Gua Air dan Gua Badak.
Syarat-Syarat Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Kedah
iv. Keturunan/Bangsa : Melayu
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Penduduk Kampung Dalam Wang
B. Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu
mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam
Pertubuhan. TIADA SYARAT
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Membantu anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pengajian tinggi.
2. Sumbangan kepada keluarga ahli yang kematian atau kesusahan.
3. Membantu mempromosikan perniagaan ahli.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |