PERTUBUHAN PENDUDUK PPR TAMAN HARMONI, SANDAKAN, SABAH (HARMONI)
PPM-015-12-18092019
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Penduduk PPR Taman Harmoni, Sandakan, Sabah (Harmoni). PPR merujuk kepada Program Perumahan Rakyat
Maklumat Pertubuhan
1.Mengembangkan persefahaman dan pergaulan di kalangan masyarakat berbilang kaum
2.Mempertingkatkan kesedaran di kalangan
penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat
seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawan dan
disiplin dikalangan mereka
3.Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk
yang berbilang kaum, agama dan bangsa
4.Mengeratkan perasaan muhibbah dan saling
hormat menghormati
5.Membolehkan penduduk kenal antara satu
sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatn
6.Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini diasaskan pada 18 September 2019 dengan ditaja oleh En. Majid Bin Abdul Rashid yang merupakan Pengerusi Pertubuhan. Atas pendedahan dan kesedaran melaksanakan program dan aktiviti bagi menangani permasalahan di kawasan ini penghuni dan ahli mengambil keputusan untuk menubuhkan NGO ini agar dapat membantu menangani masalah kawasan perumahan agar dapat sampai ke pihak majlis dan pihak berkuasa tempatan.
Syarat-Syarat Keahlian
1.Ahli Biasa:Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas yang merupakan penghuni PPR Taman Harmoni Sandakan.
2.Ahli Bersekutu:Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa
3.Ahli Kehormat:Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh ahlijawatankuasa dan terkecuali dari membayar yuran
4.Ahli Seumur Hidup:Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus
5.AhlI Remaja:Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan perlu mendapat kebenaran ibu bapa dan penjaga. Tetapi mereka tidak boleh ada hak mengundi dan dilantik menjadi ahlijawatankuasa.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1.Lawatan Sambil belajar
2.Diskaun jualan dan promosi
3.Bantuan Sukarelawan
4.Menyertai Program dan aktiviti NGO
5.Peluang menjadi anggota lembaga
6.Lain-lain keistimewaan
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | www.twitter.com/pprharmonisdk | |
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | www.pprharmonisdk.blogspot.com |
Telegram | : |