PERSATUAN PENGURUSAN RUMAH PUTERA HARAPAN RANAU, SABAH
PPM-031-12-16012012
KEBAJIKAN
Kategori
PUSAT JAGAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Penghuni yang terdiri daripada anak-anak yang berumur 7 hingga 17 tahun adalah terdiri daripada kategori yatim piatu, yatim, anak kepada ibu tunggal, miskin dan fakir miskin yang tinggal di kampung-kampung pedalaman sabah seperti di Ulu Sugut, Sabah. Penghuni cenderung untuk tidak mendapat pendidikan sempurna kerana kesempitan hidup dan kemiskinan keluarga.
Maklumat Pertubuhan
RPH Ranau telah didaftarkan atas nama Persatuan Pengurusan Rumah Putera Harapan Ranau dengan pendaftar pertubuhan pada 16 Januari 2012 dengan nombor pendaftaran No.183-12-SBH. Pengerusi dan ahli jawatankuasa dipilih melalui mesyuarat agung tahunan setiap tahun. Pengurusan dan pentadbiran melalui persatuan memudahkan lagi RPH Ranau diurus lebih berkesan dan menimbulkan keyakinan masyarakat yang prihatin menyumbang kepada rumah ini.
Latar Belakang Pertubuhan
Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau merupakan sebuah rumah perlindungan untuk anak-anak yatim, miskin dan daif yang terletak di daerah Ranau, Sabah. Rumah ini yang ditubuhkan oleh ahli-ahli NGO Islam dan telah mula beroperasi pada 12 Julai 2008 di Bangunan Koperasi Bakti Ranau, Ranau (bersebelahan dengan Masjid Pekan Ranau). Pada Januari 2013 , RPH Ranau telah menyewa di bangunan sementara di Kg. Lingkudau, Ranau sehingga sekarang. Sejak penghujung 2015 Pihak Jawatankuasa RPH Ranau sedang berusaha membina Kompleks RPH Ranau di Kg. Lohan Skim 2 , Ranau.
Syarat-Syarat Keahlian
WARAGANEGARA
TINGGAL DI SABAH
UMUR 18 TAHUN KE ATAS
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
DAPAT BERBAKTI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
MEMBINA RANGKAIAN DALAM DAN LUAR NEGERI
Pautan Sosial Media
: | Rumah Putera Harapan Ranau | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |