PERTUBUHAN SUKARELAWAN DAN KEBAJIKAN SISWA (MISI SISWA)
PPM-042-04-04032019
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Siswa merupakan persatuan yang berfokus kepada aktiviti sukarelawan dan kebajikan masyarakat.
Maklumat Pertubuhan
Aktiviti yang dijalankan oleh persatuan secara khususnya membantu golongan yang memerlukan terutamanya pelajar sertamemberi peluang kepada masyarakat untuk menyumbang tenaga dan menceburkan diri dalam aktiviti kesukarelawan.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Siswa (Misi Siswa) secara rasminya telah ditubuhkan pada 4 Mac 2019. Misi Siswa telah bergerak dengan nama Kindness Siswa sebelum tarikh penubuhan rasmi sejak tahun 2014
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Misi Siswa terbuka kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan keturunan. Keahlian Misi Siswa terbahagi kepada ahli biasa, ahli bersekutu, ahli kehormat, ahli seumur hidup dan ahli remaja.Permohonan keahlian akan diperakui oleh Setiausaha Agung Misi Siswa dan Ahli Majlis Tertinggi. Namun sukarelawan untuk setiap program adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Misi Siswa berhasrat untuk mendidik masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawan sosial dan bersatu untuk meringankan penderitaan orang yang memerlukan. Misi Siswa juga mempunyai jalinan hubungan dan telah menjalankan kolaborasi program dengan agensi-agensi besar serta persatuan-persatuan di dalam Malaysia. Contohnya di Selangor, Melaka dan Johor.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/misisiswa/ | |
Youtube | : | Tiada |
: | https://instagram.com/misisiswa?igshid=YmMyMTA2M2Y= | |
: | Tiada | |
TikTok | : | Tiada |
Laman Web / Blog | : | Tiada |
Telegram | : | Tiada |