PERTUBUHAN KEBAJIKAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) PAGOH, MUAR
PPM-013-01-24122017
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DALAM KOMUNITI (PDK) PAGOH, MUAR
PDK adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya(JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan ini mempunyai 4 orang petugas, 14 orang pelatih serta 10 orang AJK
Latar Belakang Pertubuhan
PDK Pagoh ditubuhkan pada tahun 1997.Pada 24.12.2017 Pertubuhan ini didaftarkan dibawah pertubuhan dengan nama Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh.Beralamat di Kompleks Penghulu Pagoh didalam Mukim Jorak Pagoh, Seramai 110 orang pelatih telah berdaftar di PDK Pagoh dan yang masih aktif dan berada di PDK terkini 14 orang. Terdapat 4 Orang petugas yang membantu menjalankan aktiviti-aktivit yang dirancang.
Syarat-Syarat Keahlian
Permohonan kemasukan ke PDK dengan cara berikut :
i. Permohonan kemasukan boleh dibuat terus ke PDK yang berhampiran di dalam komuniti dengan mengisi Borang Pendaftaran Pelatih PDK.
ii. Sekiranya tiada maklumat berkaitan PDK yang berhampiran, boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
iii. Permohonan kemasukan boleh juga dibuat di PDK lain yang berhampiran.
Tiada bayaran yang dikenakan, malah Pelatih OKU di PDK akan diberikan Eaun Khas OKU bagi menampung belanja pengangkutan OKU ke PDK.
Hari / Waktu Operasi PDK bagi negeri-negeri adalah seperti berikut;
- Hari Isnin hingga Khamis di Pusat dan lawatan ke rumah pada hari Jumaat.
- Bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi PDK pada hari Ahad hingga Rabu dan lawatan ke rumah pada hari Khamis.
- PDK beroperasi selama empat (4) jam sehari.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan
- Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti
- Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti
- Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |