KELAB PANAHAN TRADISIONAL GAYA TURKI (ENVER ARCHERY)
PPM-028-05-22022019
REKREASI
Kategori
HOBI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
1) Menjadikan memanah satu hobi yang diminati oleh semua lapisan masyarakat
2) Menggalakan masyarakat untuk mengamalkan kaedah senaman untuk kesihatan tubuh badan
3) Mewujudkan platform perkongsian ilmu kepada semua lapisan umur dan masyarakat
Latar Belakang Pertubuhan
Kelab Panahan Tradisional Gaya Turki berdaftar pada 22 Februari 2019 di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia merupakan rentetan daripada latihan khas yang diperoleh oleh Encik Anwar bin Muttaqin di Okcular Vakfi, Istanbul, Turki (Kelab Memanah Tertua di Dunia).
Setelah pulang mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Memanah Tradisional Gaya Turki Uthamniyah pada penghujung tahun 2017, Beliau telah mengajar dan menyampaikan ilmu memanah secara aktif di Kuala Lumpur, Kedah dan Negeri Sembilan.
Daripada pergerakan tersebut, satu perkumpulan sukarelawan yang mempunyai minat yang sama dalam memanah telah dikumpulkan dan akhirnya didaftarkan secara sah mengikut undang-undang di Malaysia.
Syarat-Syarat Keahlian
TIADA SYARAT
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Memberi pendedahan baru dan menarik melalui aktiviti memanah
Membantu diri ke arah kesihatan tubuh badan
Menggalakkan perkenalan baru dengan orang ramai
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |