KELAB CHEF MELAKA (MELAKA CHEF CLUB) MCC
PPM-007-04-04012018
SOSIAL
Kategori
PEKERJAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
PENGENALAN:
Kelab Chef Melaka ditubuhkan bertujuan menyokong aktiviti kulinari di Negeri Melaka.
LOKASI: https://goo.gl/maps/bkArYi7s1yXxri167
MATLAMAT PENUBUHAN:
1. Memperkasakan bidang kulinari di Melaka supaya dapat menyumbang kepada
pembangunan masyarakat dan negara serta berdaya saing di peringkat
antarabangsa.
2. Bersatu dalam bidang kulinari secara professional dan berfikiran positif serta
menjaga hubungan baik dengan para professional kulinari di Negeri Melaka dan
seluruh Malaysia.
3. Memperkenalkan profesion chef di seluruh Melaka melalui pertandingan dan
program di bawah nama Pertubuhan.
4. Memperbesarkan jaringan hubungan antara chef dan pengamal bidang Seni
Kulinari di Melaka.
5. Mengadakan acara demonstrasi atau kelas-kelas yang melibatkan bidang
Kulinari untuk ahli Pertubuhan
6. Memberi dan berkongsi maklumat mengenai sebarang acara dan program yang
melibatkan bidang Kulinari kepada ahli.
Latar Belakang Pertubuhan
Kelab Chef Melaka telah ditubuhkan dan diluluskan dengan rasminya pada 4 Januari 2018 oleh Jabatan Pertubuhan Melaysia (Melaka).
Kelab ini telah dianggotai oleh ahli jawatankuasa dan ahli-ahli adalah terdiri dari para pengamal kulinari di Negeri Melaka.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
A. Ahli Biasa:
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Melaka
iv. Keturunan/Bangsa : Pelbagai keturunan/ bangsa
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Pelbagai Agama
vii. Pekerjaan : Individu iaitu pekerja atau pelajar bidang seni kulinari di Negeri
Melaka.
B. Ahli Bersekutu:
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa. Ahli Bersekutu
tidak
dibenarkan memegang jawatan atau mengundi.
C. Ahli Kehormat :
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada kejayaan pertubuhan.
D. Ahli Remaja:
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu
mendapatkan surat
kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi undang-
undang. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah mengisi borang dan dihantar
kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan
secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa
boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi
sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti
yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia
sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan menyertai Kelab Chef Melaka:
1. Ahli berdaftar mempunyai hak mengundi pada setiap Mesyuarat Agung Dwitahunan.
2. Saluran online kulinari bagi semua pelapis/ professional di negeri Melaka melalui whatapps dan lain-lain medium.
3. Mengenali antara golongan professional dan pelapis di Melaka.
4. Pendedahan ilmu dari golongan professional( bengkel/ kelas dan lain-lain)
5. Memperkenalkan profesion chef di seluruh negara (pertandingan/ majlis dan lain2) di bawah Chef Club Melaka
6. Memperbesarkan jaringan hubungan antara chef di Melaka
7. Informasi Job Malaysia wilayah (Selatan/ Melaka/ Malaysia)
8. Training/ demo untuk ahli
9. Informasi mengenai event/ booth/ jualan kepada ahli.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |