PERSATUAN PERANAKAN BABA NYONYA MALAYSIA
PPM-018-04-21051986
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Kategori
TARIAN/NYANYIAN/MUZIK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PERANAKAN BABA NYONYA MALAYSIA selepas ini disebut Pertubuhan.
(2) Takrif Nama : PERSATUAN PERANAKAN CINA MALAYSIA, merangkumi ahli masyarakat Baba dan Nyonya yang berasal daripada Melaka, Pulau Pinang dan juga Peranakan Cina (Mek & Awang) Pantai Timur.
(3) Bertaraf : KEBANGSAAN
(4) ALAMAT
4.1 Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
243, JALAN TENGKERA, 75200 MELAKA.
75200 MELAKA
MELAKA
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat; dan alamat untuk surat-menyurat adalah
243, JALAN TENGKERA, 75200 MELAKA.
75200 MELAKA
MELAKA
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pusat;
4.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
5. MATLAMAT
5.1 Memelihara, mengekal, menghidup, membangun dan menggalakkan kesenian dan kebudayaan orang Peranakan Cina Malaysia, seperti bahasa, pakaian, makanan, drama, muzik, sukan dan rekreasi.
5.2 Mengawal dan mengawas serta meninggikan lagi mutu kegiatan kesenian dan kebudayaan orang Peranakan Cina Malaysia.
5.3 Menganjur, mengelola dan mengatur symposium, syarahan dan bengkel di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa atas perkara-perkara yang berkaitan dengan orang Peranakan Cina Malaysia, seperti kebudayaan, sejarah, ekonomi, sains, teknologi dan politik.
5.4 Bekerjasama dengan pihak-pihak yang ingin memperkembangkan kegiatan PERANAKAN.
5.5 Berusaha menyatupadukan rakyat dan menggalakkan muhibah melaui kegiatan PERANAKAN.
5.6 Berhubung dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan-kerajaan negeri-negeri atas hak-hak dan kepentigan orang Peranakan Cina Malaysia dan mengambil tindakan mengikut undang-undang negara untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan orang Peranakan Cina Malaysia.
5.7 Berusaha bagi mendapatkan bantuan-bantuan moral dan kebendaan, berikhtiar menambah kewangan PERANAKAN serta memiliki harta, tanah, rumah, saham dan lain-lain bagi PERANAKAN dan berusaha mendapat pengecualian cukai pendapatan pada penderma.
5.8 Memberi bantuan seperti derma dan biasiswa, apabila mampu, kepada rakyat Malaysia atas tujuan-tujuan kebajikan dan pelajaran.
5.9 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh PERANAKAN hasil penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan PERANAKAN, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonos kepada sebarang ahli PERANAKAN. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja PERANAKAN dengan syarat mereka telah memberi khidmat kepada PERANAKAN
Latar Belakang Pertubuhan
Dalam tahun awal 80an, sekumpulan Peranakan di Melaka mencetuskan idea untuk mewujudkan satu persatuan bagi menjaga kepentingan orang baba nyonya di Malaysia. Pada masa tersebut, persatuan-persatuan Peranakan yang ada membenarkan orang bukan baba nyonya menjadi ahli dan persatuan tersebut terhad kepada keahlian satu-satu negeri sahaja.
Oleh yang demikian, kumpulan Peranakan ini berpendapat sudah tiba masanya untuk mewujudkan satu Persatuan yang memberi definisi khusus Peranakan dan keahliannya terbuka khas untuk Peranakan dan keturunan mereka diseruluh Malaysia. Definisi Peranakan Baba Nyonya tersebut termasuklah:
1. Keturunan daripada bapa atau ibu yang mempunyai darah pertalian Peranakan ataupun daripada kedua-dua sekali.
2. Mestilah seseorang warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Sesiapa yang dilahirkan di Melaka atau Pulau Pinang sebelum tahun 1948 dan atau keturunan mereka.
4. Mesti boleh berkomunikasi dalam Bahasa Baba.
5. Mempraktikkan budaya dan cara hidup orang Baba.
Maka, pada tahun 1986 terlahirlah Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia (PERANAKAN). Sehingga kini, Persatuan ini mempunyai keahlian seramai 3,000 orang dari 7 negeri berlainan di Malaysia dan kini persatuan juga memiliki bangunan Persatuan tersendiri yang dikenali sebagai WISMA PERANAKAN di Tengkera, Melaka.
Pada hari ini, Persatuan ini merupakan antara persatuan Peranakan paling aktif di Malaysia.
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
1 Keahlian adalah dibahagikan kepada dua kategori:-
Ahli Biasa
Ahli Gabungan
2 Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli PERANAKAN kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselar Universiti yang berkenaan.
3 Hanya orang Peranakan Cina Malaysia dan keturunannya boleh diterima menjadi Ahli Biasa. Keturunan orang Peranakan Cina Malaysia yang dimaksudkan adalah keturunan daripada ibu atau pun daripada bapa (maternal or paternal). Orang Peranakan Cina Malaysia dikenali juga sebagai babah (lelaki) dan nyonyah (perempuan).
4 Orang-orang yang boleh diterima menjadi Ahli Biasa hendaklah mememuhi syarat-syarat yang berikut:-
4.1 Warganegara Malaysia yang berumur lebih daripada lapan belas tahun.
4.2 Orang yang dilahirkan di negeri Melaka atau di negeri Pulau Pinang sebelum tahun 1948, atau keturunannya.
4.3 Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia loghat Peranakan Cina.
4.4 Mengamalkan adat resam babah dan nyonyah.
4.5 Bersetuju dan berikhtiar untuk mematuhi undang-undang PERANAKAN,semua undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang tambahan dan syarat-syarat yang dikenakan kepada ahli-ahli dari masa ke semasa dan juga mengikut dan mematuhi program-program, prinsip-prinsip dan polisi-polisi PERANAKAN.
5 Pertubuhan-pertubuhan yang boleh diterima menjadi Ahli Gabungan hendaklah
memenuhi syarat-syarat yang berikut:-
5.1 Pertubuhan Peranakan Cina peringkat Negeri yang berdaftar dan mempunyai tujuan-tujuan yang tidak bertentangan dengan tujuan-tujuan PERANAKAN.
5.2 Menerima, bersetuju dan berikhtiar untuk mematuhi undang-undang PERANAKAN, semua undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang tambahan dan syarat-syarat yang dikenakan kepada ahli-ahli dari masa ke semasa dan juga mematuhi Perintah Mesyuarat Agung.
6 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang Ahli Biasa dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
7 Tiap-tiap permohonan yang permohononannya telah diluluskan oleh Jawatankuasa, setelah membayar yuran yang tertentu, diterima menjadi ahli PERANAKAN dan berhak sebagai ahli mulai daripada tarikh yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
8 Ahli Gabungan berhak untuk menghantar empat orang wakil menghadiri Mesyuarat Agung dan wakil Ahli Gabungan itu berhak untuk mengundi di dalam Mesyuarat Agung. Jawatankuas
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Can meet all more Baba Nyonya in Malacca
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |