CHEE CHIN KOR MORAL UPLIFTING SOCIETY, GURUN, CENTRAL KEDAH
PPM-003-02-30061967
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
1. Menjalankan Perkhidmatan Perubatan Cina secara percuma kepada pesakit-pesakit berbilang kaum di Kawasan Kedah Tengah .
2. Memberi bantuan kepada pesakit-pesakit dan penduduk-penduduk miskin yang menghadapi masalah kewangan.
3. Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran dan banjir.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejarah Ringkas Chee Chin Kor Moral Uplifting Society, Gurun
1.1 Persatuan ini ditubuhkan pada 07-07-1966 dengan tujuan memberi bantuan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan penduduk-penduduk miskin di Kawasan Kedah Tengah tanpa mengira kaum. Pejabat berdaftar ketika itu ialah 36, Jalan Raya, 08300 Gurun, Kedah.
1.2 Aktiviti memberi Perkhidmatan Perubatan Cina secara percuma dimulakan sejak awal tahun 1967 sehingga hari ini.
1.3 Bantuan diberikan kepada pesakit-pesakit dan penduduk-penduduk miskin di sekitar Kawasan Kedah Tengah berdasarkan kemampuan persatuan setiap tahun tanpa gangguan.
1.4 Prestasi pencapaian persatuan semakin meningkat sejak penubuhan. Ini menyebabkan pejabat yang disewa tidak dapat menampung keperluan. Lantaran itu, AJK persatuan membuat keputusan membeli sebidang tanah seluas satu setengah ekar di jalan Jeniang, Gurun untuk membina pejabat kekal pada tahun 1971
1.5 “Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Baru” ditubuhkan pada tahun 1977 untuk melaksanakan projek tersebut. Bagi tujuan menbantu dalam urusan pembinaan, AJK juga menubuhkan bahagian Pemuda pada 27-08-1997. Walaubaimanapun, kerja pembinaan tidak dapat dilaksanakan kerana penghuni yang tinggal di tapak tanah berkenaan enggan pindah.
1.6 Masalah tersebut di atas hanya dapat diatasi pada bulan November 1984 setelah persatuan memberi pampasan ex gratia.
1.7 Upacara meletakkan batu asas bangunan baru dijalankan pada 06-02-1985
1.8 Bangunan pejabat baru yang melibatkan kos melebihi RM600000.00 siap dibina pada tahun berikutnya. Upacara Perpindahan ke Pejabat Baru yang beralamat di 33-A, Jalan Jeniang, 08300 Gurun, Kedah diadakan pada 25-06-1986. Pada hari yang sama, AJK menubuhkan Bahagian Wanita demi tujuan membantu dalam hal urusan aktiviti persatuan.
1.9 Sejak itu, pelbagai aktiviti kebajikan dan kebudayaan telah dirancang bagi tujuan menarik lebih ramai penduduk tempatan menyertai persatuan kami.
1.10 Memandangkan ahli persatuan semakin meningkat, projek meluaskan bangunan persatuan dimulakan pada bulan Mac 2014 dengan anggaran kos RM400000.00 dan disiapkan pada Mei 2015.
1.11 Pada 23-06-2016, persatuan meraikan Perayaan Ulangtahun Jubilee Emas (50 tahun) secara besar-besaran sebagai tanda kegemilangan pencapaian persatuan.
1.12 Aktiviti persatuan terus dijalankan dengan rancak sehingga ianya diganggu oleh wabak Covid 19 sejak bulan Mac 2010.
Syarat-Syarat Keahlian
TIADA SYARAT
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Memberi peluang kepada semua ahli untuk memupuk jiwa murni melalui kerja-kerja amal.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |