PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG NAGA EMAS NEGERI KEDAH
PPM-008-02-05062016
KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
Kategori
SENI PERTAHANAN DIRI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan beroperasi di lokasi yang beralamat No 76A, Kampung Nai Teh, 06300 Kuala Nerang, Kedah.
GOOGLE MAPS : https://goo.gl/maps/2P924r3BL7zPPbgr7
Matlamat pertubuhan adalah bertujuan untuk menyatupadukan pengamal seni silat gayong di kawasan negeri Kedah. Selain itu, pertubuhan ini juga ditubuhkan untuk mengembangkan kesenian silat gayong di kawasan negeri Kedah. Tambahan lagi, ianya akan menarik minat generasi muda terlibat dalam seni silat gayong serta memelihara dan memartabatkan kesenian seni bela diri terutamanya seni silat gayong.
Latar Belakang Pertubuhan
Pengasas pertubuhan Cikgu Awang telah menubuhkan pertubuhan ini pada tahun 1970.
Syarat-Syarat Keahlian
A. AHLI BIASA
-warganegara Malaysia
-tempat tinggal : Malaysia (Negeri Kedah)
-berumur minima 18 tahun
-keturunan Melayu
-lelaki / perempuan
-beragama Islam
-terbuka kepada penduduk yang berada dalam kawasan negeri Kedah
B. AHLI BERSEKUTU
-terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa
C. AHLI KEHORMAT
-terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Ahli kehormat ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran
D. AHLI SEUMUR HIDUP
-TIADA
E. AHLI REMAJA
-terbuka kepada mereka yang berumur 18 dan kebawah. mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penajaga yang sah. mereka tidak boleh mengundi atau memgang jawatan dalam pertubuhan.
-tiap-tiap perohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk dipertimbangkan. jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
-tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut dia atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Antara kelebihan menyertai pertubuhan ini ialah :
-ahli dapat mempelajari ilmu baru tentang seni bela diri
-ahli juga dapat menambah kenalan dan berkongsi pengalaman sesama ahli
-hubungan silaturrahim akan lebih erat
-ahli berpeluang mengikuti program-program seni bela diri yang dianjurkan
-ahli berpeluang membuat pertunjukan silat di majlis-majlis yang tertentu
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |