PERSATUAN PENDUDUK JALAN LOMBONG TIMAH 29/39, SHAH ALAM, SELANGOR
PPM-016-10-15112018
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Penduduk Jalan Lombong Timah 29/39, Shah Alam, Selangor (juga dikenali sebagai Residensi Anggerik Permai 1 atau Impiria29) terletak di Seksyen 29, Shah Alam, Selangor.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan ini telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sejak November 2018.
Latar Belakang Pertubuhan
Nama asal taman perumahan ini adalah Taman Impian Ceria, dibangunkan oleh pemaju perumahan Purcon Malaysia di atas tapak tanah rezab melayu di Kampung Lombong.
Projek pembangunan taman perumahan ini siap sepenuhnya pada Disember 2017. Namun pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ingin menyeragamkan nama taman dengan taman perumahan berhampiran yang sedia ada, maka taman perumahan ini telah dikenali sebagai Taman Anggerik Permai 1.
Para penduduk sepakat untuk mengekalkan identiti asal taman ini, maka kami sebulat suara memilih nama Impiria29 sebagai gelaran kepada taman ini.
Impiria29 adalah singkatan kepada Impian Ceria Seksyen 29.
Usaha untuk menubuhkan persatuan penduduk telah bermula sejak awal tahun 2018, supaya setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mendapat manfaat dan sokongan pelbagai pihak sesuai dengan matlamat pertubuhan yang disenaraikan.
Matlamat Pertubuhan adalah seperti berikut:
- Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan
- Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati
- Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk
- Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat
- Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat-syarat untuk mendaftar keahlian pertubuhan adalah seperti berikut:
Warganegara : Malaysia
Umur Minima : 18 tahun
Tempat tinggal : Menjadi penghuni di taman perumahan ini (menjadi pemilik atau menyewa)
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Menyertai pelbagai jenis program dan aktivititi yang diadakan
- Penduduk yang ramah dan mesra
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/impiria29 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |