PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) NURANI TAWANG
PPM-017-03-27122017
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pemulihan Dalam komuniti (PDK) Nurani Tawang telah ditubuhkan pada akhir tahun 2016 dan telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan pada 27 Disember 2017 yang diberi nama Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti ( PPDK ) Nurani Tawang.
Maklumat Pertubuhan
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI(PPDK) NURANI TAWANG
KAMPUNG BERIS PINTU GERBANG,JALAN TAWANG 16020 BACHOK,KELANTAN
PPM-017-03-27122017
Latar Belakang Pertubuhan
Dun Tawang merupakan salah satu daripada 3 daerah yang terdapat dalam Jajahan Bachok yang terbahagi kepada 10 mukim penghulu dengan 56 buah kampung. Kebanyakan penduduk yang tinggal di Dun Tawang adalah 99% Melayu dan 1% adalah lain-lain. Majoriti penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan.
Kampung Pauh Sembilan yang terletak di Dun Tawang menjadi tempat cadangan penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini kerana disekitarnya mempunyai infrastruktur asas seperti Sekolah Rendah, Sekolah Menengah , Sekolah Arab, Balai Polis, Masjid, Klinik Kesihatan, Tadika Kemas serta Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Walaupun terletak di kawasan pinggir bandar, namun penduduknya tidak terpinggir dari arus kemodenan ini kerana terdapatnya talian telefon bimbit dan juga kawasan jalur lebar.
Di samping itu, kedudukan Kampung Pauh Sembilan ini adalah stategik untuk ditubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti kerana terdapat banyak kampung yang berdekatan. Walaupun kawasan ini mempunyai Sekolah Pendidikan Khas iaitu di Sekolah Kebangsaan Tawang namun tidak semua orang kurang upaya diterima masuk ke situ.
PDK yang terdapat di Jajahan Bachok iaitu PDK Perupok kini mempunyai 38 orang pelatih yang mana 18 orang darinya adalah dari Dun Tawang. Peningkatan bilangan pelatih yang makin bertambah setiap tahun, adalah rasional ditubuhkan PDK Tawang bagi mengelakkan berlakunya kesesakan pelatih di PDK Perupok di samping pelbagai masalah lain.
Selain dari itu, faktor jarak antara PDK Perupok dengan Kampung Pauh Sembilan adalah kira-kira 13 km dan jarak keseluruhan Dun ini dengan PDK sedia ada adalah dari 10 hingga 30 km yang mana turut memberi kesan kepada kehadiran/kekerapan ke PDK dan juga masalah-masalah yang lain.
Tambahan pula, PDK Perupok bercadang akan berpindah ke Bandar Bachok yang sudah tentu menambahkan lagi jarak perjalanan ke sini memandangkan jaraknya yang agak jauh, ini menyukarkan ibubapa dari Dun Tawang menghantar anak-anak mereka ke PDK Perupok.
Oleh yang demikian, inisiatif ajk PDK Perupok ialah menyediakan van sekolah sebagai pengangkutan pelatih setiap hari yang mana perkhidmatan bas tersebut tidak juga dapat dinikmati oleh keseluruhan pelatih di sana akibat kedudukan rumah, keadaan jalan, dan sebagainya.
Namun begitu, perkhidmatan ini dikenakan tambang bulanan dan akan dipotong dari elaun bulanan pelatih berkenaan.ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada para ibubapa khususnya yang berpendapatan rendah kerana memberi impak kepada kos-kos yang lain.
Syarat-Syarat Keahlian
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk keahlian OKU mestilah berumur 18 tahun ke atas dan telah berdaftar dengan PPDK.Terbuka kepada semua penduduk setempat dan berminat dengan kerja sukarelawan
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat membantu OKU ke arah yang lebih baik
Pautan Sosial Media
: | PDKTAWANG | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |