PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM TENAGA NASIONAL BERHAD, KOTA BHARU, KELANTAN (PKPI)
PPM-004-03-10042011
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM TENAGA NASIONAL BERHAD, KOTA BHARU,
KELANTAN (PKPI)
(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM TENAGA NASIONAL BERHAD,
KOTA BHARU, KELANTAN (PKPI)
(2) Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Kota Bharu meliputi pejabat-pejabat TNB di Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan
(3) Taraf Pertubuhan : Negeri
TEMPAT URUSAN
1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
ARAS 5, WISMA TNB, JALAN TOK HAKIM,
15000 KOTA BHARU
KELANTAN
dan alamat untuk surat-menyurat adalah
PEJABAT PENGURUS KAWASAN TNB (KOTA BHARU),ARAS 2, WISMA TNB,
JALAN TOK HAKIM,
15000 KOTA BHARU
KELANTAN
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah
tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
TUJUAN/MATLAMAT
1) Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan semua pekerja-pekerja
Islam lelaki dan perempuan yang bekerja di TNB Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas,
Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan.
2) Menjalankan aktiviti sosial dan kebajikan berunsur keIslaman kepada ahli-ahli
dari masa ke semasa.
3) Menggalakkan ahli-ahli persatuan ini supaya membina semangat tolongmenolong
di antara ahli-ahlinya di dalam perkara kematian, kemalangan dan
kebajikan.
4) Menggalakkan dan mengekalkan kerjasama Persatuan ini dengan pihak Tenaga
Nasional Berhad dan menyuarakan di atas perkara-perkara yang mendatangkan
kebajikan kepada ahli-ahlinya.
5) Menggalakkan dan mengekalkan kerjasama PKPI Kota Bharu dengan pihak
Pengurusan Tenaga Nasional Berhad serta PKPI Kebangsaan.
6) Menggalakkan rasa persefahaman, silaturrahim dan menjalinkan muhibbah di
kalangan pekerja TNB dan Anak-Anak Syarikatnya.
7) Persatuan boleh menerima sebarang bentuk sumbangan tanpa terikat kepada
apa-apa peraturan.
8) Persatuan boleh memiliki harta mudah alih atau tidak alih.
9) Menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti atau urusan yang tidak
bertentangan dengan syariat Islam untuk kebaikan Ahli.
Latar Belakang Pertubuhan
Di daftarkan pada 2011 dan merupakan pertubuhan pekerja islam anggotakerja TNB Kota Bharu termasuk 5 daerah seperti termaktub dalam undang-undang pertubuhan. Persatuan ini merupakan pertubuhan NGO yang mewakili TNB untuk menjalankan aktiviti bersama masyarakat dan pengguna TNB.
Syarat-Syarat Keahlian
1) Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan Tenaga Nasional Berhad
yang beragama Islam meliputi pejabat-pejabat TNB di kawasan Kota Bharu,
Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan.
2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk
kelulusan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang
permohonan tanpa memberi sebarang sebab.
3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut
di atas, hendaklah membayar yuran bayaran masuk dan yuran bulanan pertama
seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai
ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
lebih dekat bersama dengan masyarakat dan keluarga anggotakerja TNB dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |