BENG SIEW SEAN SIAH
PPM-001-02-11121959
KEAGAMAAN
Kategori
PERSATUAN PENGANUT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Beng Siew Sean Siah adalah satu Pertubuhan amal yang beroperasi di 68, Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama, 08000 Sungai Petani, Kedah.
1.1 Menjalankan perkhidmatan amal dan sosial seperti perkhidmatan dialisis, pendaftaran perkahwinan, upacara sembahyang.
1.2 Memberi bantuan termasuk rawatan dialisis kepada pesakit-pesakit yang kurang upaya.
1.3 Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kemalangan dan bencana alam seperti kebakaran dan banjir.
Latar Belakang Pertubuhan
Sejarah Ringkas Beng Siew Sean Siah
Pertubuhan ini ditubuhkan di 747, Pekan Lama, 08000 Sungai Petani, Kedah pada 12.11.1959
Perkembangan selanjutnya seperti berikut:-
1.2 Pada 02.01.1965 upacara Pembukaan Rasmi bangunan baru Beng Siew Sean Siah yang beralamat di 68, Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama, 08000 Sungai Petani, Kedah dengan tujuan menaik taraf perkhidmatan.
1.3 Pada 22.07.1979 upacara Pembukaan Rasmi Dewan Beng Siew disamping bangunan baru Beng Siew Sean Siah untuk aktiviti-aktiviti amal dan sosial seperti majlis perkahwinan, anjuran kempen derma darah dan aktiviti-aktiviti sukan.
1.4 Pada 27.11.1999 upacara Pembukaan Rasmi Beng Siew Sean Siah Lok Tian Soo (kolumbarium) di belakang bangunan baru Beng Siew Sean Siah untuk menyimpan guci dan abu mayat.
1.5 Pada 27.04.2006 upacara Pembukan Rasmi bangunan Pusat Hemodialisis Beng Siew di Plot 137, Taman Kampian, Jalan Sekerat, 08000 Sungai Petani, Kedah. Satu perkhidmatan baru rawatan dialisis untuk warga miskin yang berbilang kaum dan agama.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Kewarganegaraan Malaysia.
2. Umur minima 18 tahun.
3. Bermastautin di Negeri Kedah.
4. Beragama Buddha atau Taoisme.
5. Patuhi Peraturan Pertubuhan.
6. Amali Kebudayaan Cina.
7. Berwatak baik.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Memberi peluang kepada semua ahli untuk memupuk nilai murni melalui kerja-kerja amal.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |