KELAB SUKAN DAN SOSIAL ELEKTRISOLA (MALAYSIA) SDN.BHD
PPM-003-06-07121999
REKREASI
Kategori
REKREASI AM
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Merupakan sebuah kelab di bawah syarikat yang juga merupakan satu platform untuk pekerja terlibat dalam aktiviti sosial yang sihat dan membina. KSSE juga berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan memilih jawatankuasa mengikut perlembagaan persatuan.
Latar Belakang Pertubuhan
KSSE merupakan Kelab Sukan dan Sosial bagi pekerja Elektrisola Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan secara rasmi pada tahun 1999. Semua pekerja yang berdaftar dengan Elektrisola Malaysia secara langsung adalah ahli kelab ini. Kelab ini bertujuan sebagai sebuah kelab yang merancang dan melaksanakan pelbagai program yang berkaitan dengan aktiviti sukan dan sosial kepada semua ahlinya.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Semua pekerja yang berdaftar dengan Elektrisola secara langsung adalah menjadi ahli kelab.
2. Keahlian ini terhad kepada pekerja-pekerja Elektrisola (Malaysia) Sdn Bhd sahaja.
3. Kemasukan menjadi ahli terbuka kepada lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa dan agama.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Menggalakkan pekerja-pekerja menyertai program sihat seperti kesukanan, kemasyarakatan dan tanggungjawab perkhidmatan korporat.
2. Mengeratkan perhubungan di antara ahli-ahli tanpa mengira bangsa dan agama.
Memupuk semangat berkumpulan dan saling bekerjasama di kalangan ahli.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |