PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TANJUNG MINYAK SETIA, TANJUNG MINYAK, MELAKA.
PPM-010-04-27092005
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TANJUNG MINYAK SETIA, TANJUNG MINYAK, MELAKA.
Maklumat Pertubuhan
TUJUAN / MATLAMAT
Memupuk semangat dan sikap tolong menolong di antara ahli-ahli dalam soal kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
Memajukan semua aspek kekeluargaan dari segi :-
- Pendidikan kanak-kanak
- Kegiatan suri rumahtangga
- Kebudayaan dan sosial
- Kesukanan
- Kejiranan
- Kemasyarakatan
- Mesra alam
Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli yang berbilang kaum melalui aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan.
Membantu pihak berkuasa melindungi kepentingan penghuni mengenai harta benda persendirian dan kepentingan bersama.
Latar Belakang Pertubuhan
- Persatuan ditubuh dan didaftarkan di JPPM pada 27 September 2005.
- Mempunyai keahlian dikalangan penghuni Taman Tanjung Minyak Setia, Melaka.
Syarat-Syarat Keahlian
- Keahlian pertubuhan ini terbuka kepada penduduk-penduduk yang tinggal di Taman Tanjung Minyak Setia, Tanjung Minyak, Melaka termasuk mereka yang menyewa, kewarganegaraan Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Keahlian bagi adalah termasuk dengan pasangan suami atau isteri.
- Ahli dikehendaki mengisi butir-butir diri dengan pasangan (suami atau isteri) dan anak-anak mereka yang berumur (18) lapan belas tahun kebawah dalam borang yang ditentukan oleh jawatankuasa persatuan penduduk untuk rekod persatuan ini dan borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha.
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
- Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Memupuk semangat dan sikap tolong menolong di antara ahli-ahli dalam soal kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
- Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli yang berbilang kaum melalui aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |
Maaf! Tiada Maklumat dijumpai