PERTUBUHAN KEBAJIKAN TERATAK SINGGAH NORASHIKIN SG LANG
PPM-006-10-14052020
KEBAJIKAN
Kategori
WARGA EMAS
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
o Pertubuhan Kebajikan Teratak Singgah Norashikin ini merupakan NGO (Caretaker) yang dilantik oleh Hospital Dearah Banting untuk membantu mengurus hal ehwal warga penghuni Pusat Jagaan Teratak Singgah Norasihikin termasuklah mencari dana kewangan pengoperasian.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan Kebajikan Teratak Singgah Norashikin bernombor pendaftaran PPM-006-10-14052020 membantu mengurus hal ehwal penghuni Pusat Jagaan Teratak Singgah Norasihikin (PJTSN) dalam meneruskan kehidupan darisegi sosial dan ekonomi serta memastikan kesejahteraan jasmani dan rohani mereka terjaga.
Latar Belakang Pertubuhan
Sikap ambil peduli masyarakat terhadap kesejahteraan sosial perlukan pengemblengan dari pelbagai sudut dan golongan kerana penghidupan masakini amat mencabar dari pelbagai aspek. Kewujudan kes pengabaian warga geriatric yang terdampar di wad hospital juga semakin meruncing dibuktikan dengan trend peningkatan masalah gejala sosial dan keruntuhan rumah tangga.
Permaslahatan komuniti ini mendorong kami mewujudkan pusat jagaan dan tempat berteduh yang diharapkan dapat menerapkan mawaddah dan impak positif kepada keharmonian sosial.
Syarat-Syarat Keahlian
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tertakluk kepada terma dan syarat Pertubuhan
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Menerusi Pertubuhan ini pendedahan terhadap penjagaan, kesihatan dan keselamatan diri dapat disemaikan secara hikmah dengan penyertaan pusat jagaan dan rumah kebajikan, ahli kariah dan pemimpin di sekitar Kuala Langat ini khasnya. Selain membentuk jalinan ukhuwah dan keprihatinan masyarakat terhadapan golongan geriatrik, keluarga asnaf tegar, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan perhatian, penjagaan dan kasih sayang program ini juga dapat mencetuskan rasa dihargai, prihatian dan tanggungjawap.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/profile.php?id=100063453888723 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |