PERSATUAN MALIM GUNUNG RAUB (PMGR)
PPM-016-06-13112020
REKREASI
Kategori
REKREASI AM
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
FASAL 1. NAMA
1.1. Badan Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Malim Gunung Raub atau ringkasnya disebut sebagai PMGR di dalam Perlembagaan ini.
FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1. NO.12 . GERAI MDR, JPM, BELAKANG STESEN BAS RAUB, 27600, RAUB PAHANG DARUL MAKMUR.
2.2. Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya. Perubahan alamat berdaftar hendaklah dimaklumkan kepada badan gabungannya di peringkat daerah.
FASAL 3. DEFINISI
3.1. PERSATUAN bermakna Persatuan Malim Gunung Raub
3.2. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 14 perlembagaan ini.
3.3. MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA bermakna mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan ini seperti yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan ini.
3.4. JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang mentadbir perjalanan Persatuan dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Persatuan yang disebut dalam Fasal 17 perlembagaan ini.
3.5. JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 21.
3.6. PEGAWAI bermakna semua Ahli Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa-Jawatankuasa dan mana-mana orang yang diberikan kuasa untuk menjalankan tugas dan fungsi Persatuan.
3.7. PEMEGANG JAWATAN bermakna mana-mana orang yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan atau dilantik oleh Presiden atau Jawatankuasa Induk Persatuan..
3.8. PEJABAT bermakna alamat berdaftar Persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.
3.9. AHLI PERSATUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.
Latar Belakang Pertubuhan
FASAL 17. JAWATANKUASA INDUK
17.1. Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada :
(a) seorang Presiden
(b) seorang Timbalan Presiden
(c) seorang Setiausaha
(d) seorang Timbalan Setiausaha
(e) seorang Bendahari
(f) Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa
17.2. Jawatankuasa Induk hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan memegang jawatan untuk tempoh selama dua (2) tahun.
17.3. Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:
(a) Warganegara Malaysia
(b) berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
(c) bukan seorang yang muflis;
(d) tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
(e) tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil dengan denda tidak kurang daripada RM2,000 dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan
(f) sempurna akal.
17.4. Mana-mana pemegang jawatan yang disabitkan dengan suatu kesalahan di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah terlucut jawatannya dengan serta-merta.
17.5. Sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa Induk yang disebabkan pemegang jawatannya telah melepaskan jawatan atau telah meninggal dunia, calon yang mendapat undi kedua terbanyak semasa pemilihan Jawatankuasa Induk yang lepas adalah dengan sendirinya layak untuk memegang jawatan tersebut. Jika tiada calon yang sedemikian atau calon itu menolak tawaran jawatan itu, pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.
FASAL 18. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
18.1. Tugas-tugas Jawatankuasa Induk antaranya adalah seperti berikut:
(a) menubuh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(b) melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil;
(c) menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(d) mengurus dan mentadbir kelab secara teratur;
(e) merancang, melaksana dan menilai program Persatuan,;
(f) mengkaji dan mencadangkan program-program dan perbelanjaan yang berkaitan;
(g) meluluskan atau meminda peraturan-peraturan untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa;
(h) menimbang rayuan ke atas keputusan Jawatankuasa Tatatertib;
(i) memantau dan memastikan semua ahli, pegawai dan pemegang jawatan mematuhi perlembagaannya dan peraturan-peraturan yang ditetapkan Persatuan ini;
(j) melantik dan mengisi mana-mana jawatan kosong yang bergaji;
(k) membangun dan merangka pelan strategik pembangunan eco-tourism berkenaan di peringkat persatuan,;
(l) mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pemegang jawatan yang melanggar perlembagaan dan peraturan Persatuan ;
(m) menimbang permohonan menjadi ahli Persatuan dan
(n) menyelesaikan apa-apa masalah pelanggaran peraturan, peraturan kecil, dan disiplin di kalangan pegawai, pemegang jawatan dan ahli melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan.
FASAL 19. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK
19.1. Presiden
Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
19.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran kelab. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden.
19.3 Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran kelab mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.
19.3.1 Timbalan Setiausaha
Timbalan Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran Persatuan mengikut Perlembagaan dan Membantu menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab membantu mengenai surat-menyurat, menyimpan apa-apa dokumen seperti buku, surat dan kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.
19.4 Bendahari
Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan buku kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
20.1. Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Presiden dengan bersendirian atau satu pertiga (1/3) ahli jawatankuasa secara bersama boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.
20.2. Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada satu perdua(1/2) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.
FASAL 21. JAWATANKUASA -JAWATANKUASA KECIL
21.1. Jawatankuasa Induk boleh menubuhkan jawatankuasa yang dirasakan perlu untuk membantu perjalanan Persatuan seperti berikut:
(a) Jawatankuasa Kebajikan
(b) Jawatankuasa Tatatertib
(c) Jawatankuasa Sosio Budaya
(d) Jawatankuasa Alam Semulajadi
(e) Jawatankuasa Public Relation dan Media
21.2. Tugas Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Pengerusi Jawatankuasa Kecil hendaklah menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk.
21.3. Tugas Jawatankuasa Kecil
(a) Jawatankuasa Kebajikan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber matlumat latar belakang semua ahli berdaftar, membantu dan membuat program SARS dan melakukan aktiviti yang boleh membantu para ahli dan warga Raub.
(b) Jawatankuasa Tatatertib
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli termasuk individu dan pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan tindakan.
(c) Jawatankuasa Sosio Budaya
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengkaji dan melakukaan aktiviti sosio budaya etnik kaum orang asli untuk mendedah pada ahli-ahli PMGR dan mengenal pasti entnik budaya di raub
.
(d) Jawatankuasa Alam Semulajadi dan Latihan
Tugas utama Jawatankuasa ini ialah melalukan penanda arah dan membuka laluan rintis yang baru. Dan mengenal pasti speasis Flora dan Fauna yang ada di dalam kawasan laluan lama dan baru. Selain itu jawatankuasa akan mengelola kursus- kursus berkaitan untuk semua para ahli serta memberi pendedahan pada ilmu baru.
(f) Jawatankuasa Public Relation dan Media
Tugas utama jawatankuasa ini ialah membradingkan Persatuan di pelbagai platform dan membawa nama persatuan untuk promosikan di dalam media masa seperti FB,INSTA,Website, dan lain-lain lagi.
FASAL 22. KEWANGAN
22.1. Sumber kewangan Persatuan boleh diperoleh melalui:
(a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula ahli;
(b) derma dan tajaan;
(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan;
(d) hasil-hasil perniagaan Persatuan; dan
(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
22.2. Pendapatan Persatuan yang diperolehI hendaklah digunakan untuk mencapai objektif seperti yang disebut dalam perlembagaan Fasal 4.1.
22.3. Semua cek atau baucer pembayaran Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.
22.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM200.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.
22.5. Perbelanjaan kurang daripada RM200.00 bagi sesuatu masa boleh dibuat
Syarat-Syarat Keahlian
FASAL 6. KEAHLIAN
Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada kategori berikut:
6.1. Ahli Biasa
Terdiri daripada Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan diberi keutamaan pada warga Raub sahaja.
6.2. Ahli Kehormat
Terdiri daipada Individu-individu yang berumur lapan belas (18) tahun dan keatas sahaja dan dibuka pada daerah-daerah di dalam Negeri Pahang.
6.3. Ahli Bersekutu
Terdiri daripada Individu-individu yang diwakilkan oleh mana-mana Badan Persatuan yang Berdaftar di bawah akta Persatuan dalam Malaysia. Dan Ahli itu Mesti lah yang Ditauliahkan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Raub.
AHLI MENGIKUT KUOTA YANG DI PERSETUJU
NAMA BILANGANG KUOTA YANG DI TETAPKAN SASARAN AHLI
AHLI BIASA 50 Ahli Warga Raub
AHLI KEHORMAT 20 Ahli Kawasan Berdekatan didalam Raub atau Daerah dalam Negeri Pahang.
AHLI BERSEKUTU 10 Ahli Persatuan di dalam Malaysia.
FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1. Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Kelab seperti berikut :
BIL JENIS KEAHLIAN YURAN PENDAFTARAN YURAN TAHUNAN
1 Ahli Biasa RM 20.00 RM 50.00
2 Ahli Kehormat RM 20.00 RM 50.00
3 Ahli Bersekutu RM20.00 Rm 50.00
7.2. Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 5January tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
7.3. Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh tiga (3) tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
7.4. Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM 100.00. Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.
7.5. Mana-mana ahli wajib membayar KAD KEAHLIAN bernilai Rm15.00 seumur hidup. Penalti akan dikenakan jika kehilangan kad keahlian sebanyak Rm50.00 bagi yang pertama kali, Manakala jika hilang kali kedua atau ketiga akan dikenakan penalti Rm100.00 dan jika rosak mesti lah membawa bukti menandakan kad keahlian rosak dan dikenakan sebanyak Rm15.00 bagi kos kad yang dibuat.
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1. Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang atau Online form dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
8.2. Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.
FASAL 9. K
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Terbuka pada warga Raub Shj.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |