PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA (ANIMAS)
PPM-010-10-29052007
SOSIAL
Kategori
PEKERJAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
ANIMAS secara rasmi didaftarkan pada tahun 2007. Anggota persatuan ini terdiri daripada pengamal, aktivis dan peminat animasi 2D, 3D serta pelbagai genre animasi dan grafik visual. ANIMAS mempunyai objektif yang jelas untuk mempromosikan industri animasi dengan menggalakkan penerbitan dan penyiaran animasi tempatan melalui pelbagai kaedah yang boleh mempengaruhi pasaran tempatan dan antarabangsa.Selain itu pengukuhan ekosistem pendidikan, kemahiran, terbitan dan siaran animasi tempatan merupakan objektif paling utama pada masa ini bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran dan kebolehterimaan graduan ke dalam kelompok industri animasi serta keupayaan penerbit dalam usaha penerbitan yang berterusan lagi berkekalan.
Maklumat Pertubuhan
MAKLUMAT JAWATANKUASA UTAMA (ANIMAS 2020-TERKINI)
Pengerusi (PRESUDEN) ANIMAS
AMIR HAMZAH BIN HASHIM
Timb. Pengerusi
MOHD ZAHIR BIN ZAINAL ABIDIN
Setiausaha ANIMAS
SHAMSAIMUN BIN EZIL
Bendahari ANIMAS
MOHD ASROL SANI OTHMAN
Latar Belakang Pertubuhan
PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA
ANIMAS adalah sebuah organisasi (NGO), yang ditubuhkan secara tidak rasmi sebagai medium forum industri sejak tahun 2001. Ia secara rasmi didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2007. Anggota persatuan ini terdiri daripada pengamal, aktivis dan peminat animasi 2D, 3D serta pelbagai genre animasi dan grafik visual. ANIMAS mempunyai objektif yang jelas untuk mempromosikan industri animasi dengan menggalakkan penerbitan dan penyiaran animasi tempatan melalui pelbagai kaedah yang boleh mempengaruhi pasaran tempatan dan antarabangsa.Selain itu pengukuhan ekosistem pendidikan, kemahiran, terbitan dan siaran animasi tempatan merupakan objektif paling utama pada masa ini bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran dan kebolehterimaan graduan ke dalam kelompok industri animasi serta keupayaan penerbit dalam usaha penerbitan yang berterusan lagi berkekalan.
1. Antara tujuan utama penubuhan ANIMAS adalah untuk:
(a) Merancakkan industri animasi di Malaysia.
(b) Merakyatkan animasi di kalangan semua golongan masyarakat.
(c) Mendidik masyarakat dengan memaparkan teladan yang baik melalui animasi.
2. Membantu ahli-ahli ANIMAS dalam kerja-kerja menghasilkan animasi.
(a) Khidmat nasihat.
(b) Promosi.
(c) Hal ehwal dan perihal Hakcipta Karya Animasi
3. Mengadakan muafakat dengan pelbagai agensi dalam negara termasuklah
Pihak kementerian yang berkenaan, institusi pendidikan, pengajian tinggi mahupun pihak sekolah bagi mempopularkan kerjaya animasi.
4. Menggerakkan usaha serta memanjangkan cadangan kepada pelbagai pihak berwajib dalam negara, ke arah pengwujudan sebuah saluran TV khas untuk tayangan animasi tempatan. Ini berkaitan dengan semangat menyatukan kepelbagaian penerbitan animasi tempatan serta usaha bagi mempromosi karya animasi tempatan. Melalui saluran khas ini, diharapkan ia mampu menjadi platform untuk mengetengahkan animasi tempatan ke luar Negara melalui catatan penanda aras ‘Rating siaran’. Cadangan ini juga bertujuan menarik minat masayarakat kepada animasi tempatan hinggalah sesebuah animasi tersebut mampu di alih ke layar pawagam melalui penanda aras sokongan penonton pada saluran khas tersebut.
Adalah menjadi hasrat ANIMAS juga untuk melahirkan sebuah komuniti masyarakat yang turut berinformasi serta meminati hasil seni animasi tempatan serta pemahaman yang jelas berkaitan tanggungjawab menghormati aspek karya dan perihal hakcipta sesebuah karya animasi.
Dengan tergarisnya pelbagai aktiviti serta program yang dirancang dan disusun maka diharapkan objektif serta matlamat berkenaan tepat pada sasaran dan memenuhi aspirasi, sesuai dengan semangat mengangkat budaya dan kreativiti tempatan.
Dengan demikian, ia memberi satu cabang peranan bagi ANIMAS dalam hal menyebarkan pengetahuan dan maklumat mengenai animasi tanahair. Mungkin perkembangannya tidak jauh bezanya dengan rantau lain tetapi kita mempunyai budaya dan citarasa tersendiri.
ANIMASI : MENGANGKAT BUDAYA MENJULANG KREATIVITI
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
KATEGORI AHLI
(a) AHLI BIASA
Keahlian terbuka kepada semua warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang terlibat didalam industri animasi di Malaysia.
(b) AHLI BERSEKUTU
Keahlian terbuka kepada semua warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang berminat didalam industri animasi di Malaysia. Mereka tidak dibenarkan mengundi dan memegang jawatan didalam pertubuhan.
(c) AHLI KORPORAT
Keahlian terbuka kepada syarikat yang sah di Malaysia dan terlibat didalam industri animasi. Ahli hanya boleh menghantar wakil seramai dua orang sahaja dan diberikan kuasa undi satu.
(2)
Setiap permohonan menjadi ahli pertubuhan hendaklah berurusan dengan Setiausaha dan mengisi borang yang disediakan menyatakan nama dan alamat bersertakan cadangan dan sokongan ahli berdaftar. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3)
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran seperti yang telah ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4)
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih
dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
ANIMAS bukanlah sebuah pertubuhan kebajikan, maka tidak ditubuhkan untuk menjaga hak dan kepentingan penggiat animasi. Namun ANIMAS sentiasa menganjurkan program libat urus dan sesi jaringan antara penggiat industri animasi dan pihak akademik bagi memperkasa ekosistem industri animasi Malaysia dan hubungan antara negara ASEAN.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/animas.org.my | |
Youtube | : | www.youtube.com/@AnimasOfficialTV |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | https://sosialanimas.wixsite.com/animas |
Telegram | : |