PERSATUAN PENDUDUK TAMAN NUSTAGIA, SHAH ALAM
PPM-037-10-27032018
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN NUSTAGIA
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Nustagia ditubuhkan untuk menjalinkan perhubungan dikalangan penduduk-penduduk Taman Nustagia bagi maksud melaksanakan keamanan bersama,menjaga keharmonian,kerukunan dan perhubungan yang baik antara penduduk dan masyarakat setempat terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Alamat surat-menyurat adalah di No.40, Taman Nustagia, Jln Sg.Long 32/113, Seksyen 32,40460 Shah Alam Selangor 40460 Shah Alam
Dan matlamat kami mewujudkan mekanisma bagi menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan penduduk dengan pihak-pihak berkuasa mengenai hal-hal yang berkaitan seperti penyelenggaraan kawasan perumahan, kebersihan, keselamatan, kebajikan dan kepentingan penduduk.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Penduduk Taman Nustagia diluluskan oleh JPPM pada 27 Mac 2018 dengan keahlian seramai 65 orang. Mesyuarat Agung telah dilangsungkan pada 31 January 2018 dihadiri 35 orang bertempat Taman Nustagia, Jln Sg.Long 32/113, Seksyen 32,40460 Shah Alam Selangor.
Syarat-Syarat Keahlian
i) Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang tinggal atau menetap di Taman Nustagia.
ii) Seseorang ahli pertubuhan yang belum mencapai umur 21 tahun tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa atau Pentadbir Harta Persatuan.
iii) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonnan tanpa memberi sebab-sebabnya.
iv) Tiap-tiap permohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan secara automatik menjadi ahli persatuan dan berhak mendapat hak istimewa sebagai ahli.
v) Seorang pelajar universiti atau kolej-universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
i) Memajukan kebajikan penghuni dari segi sosial, kebendaan, pendidikan dan ilmu pengetahuan mengikut undang-undang dan peraturan yang sah.
ii) Memberi bantuan kepada penghuni jika dipersetujui oleh Jawatankuasa seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa terdesak.
iii) Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika dipersetujui oleh Persidangan Pewakilan dan menggubalkan Peraturan-Peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.
Pautan Sosial Media
: | Persatuan Taman Nustagia | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |