PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BATU 5 (TAMAN KUNING)
PPM-016-02-20072019
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
- Di kenali sebagai Persatuan Penduduk Taman Batu 5 (Taman Kuning).
- Alamat berdaftar dan tempat urusan di B15, Taman Batu 5, Charok Tualang, 08200 Sik, Kedah Darul Aman. https://goo.gl/maps/Yp7DPiiPaZMPCv1p7
- Matlamat penubuhan seperti berikut:
1) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
2) Memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
3) Mengeratkan perasaan muhibbah dan saling hormat menghormati.
4) Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
5) menjadi pengantar diantara penduduk dengan pemaju dan pihak berkuasa mengenai masalah penduduk.
PENCAPAIAN
Johan Pertandingan Kemerdekaan 2015 Peringkat Negeri Kedah (Kategori Pintu Gerbang).
Saguhati Pertandingan Kemerdekaan 2015 Peringkat Kebangsaan (Kategori Taman).
Johan Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Taman 2019 Peringkat Daerah Sik.
Mewakili Daerah Sik (31 buah taman) Projek Taman Inspirasiku (My iNsPark) 2021 anjuran SW Corp. (Ditangguhkan akibat Pandemik Covid-19)
Latar Belakang Pertubuhan
Taman Batu 5 (Taman Kuning) terletak di dalam Daerah Sik, berhampiran dengan Pekan Batu Lima dan Kaki Bukit Enggang. Taman Batu 5 ini juga dikenali sebagai Taman Kuning. Taman ini dibina pada tahun 2003 dan mempunyai 56 buah rumah terdiri dari blok A dan blok B.
Asal usul Taman ini merupakan penempatan bagi Penduduk Beris Jaya selama setahun setengah. Seterusnya taman ini diubahsuai menjadi taman yang lebih selesa kepada penduduk. Untuk urusan pentadbiran, Pada 1 April 2015, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) telah ditubuhkan dan setelah tampuk pemerintahan kerajaan bertukar, bermula 25 Mei 2018, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) telah dibubarkan di peringkat Pusat.
Atas inisiatif untuk meneruskan kesinambungan dan hubungan antara warga taman dengan komuniti luar, permohonan untuk menubuhkan PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BATU 5 (TAMAN KUNING) telah DILULUSKAN dengan rasminya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 20 Julai 2019 dengan nombor pendaftaran (PPM-016-02-20072019).
Syarat-Syarat Keahlian
- Warganegara Malaysia.
- 18 tahun keatas
- Mesti tinggal di Taman Batu 5 (Taman Kuning)
- Melayu
- Lelaki dan Perempuan
- Islam
- Menetap sekurang kurangnya 3 bulan di Taman Batu 5 (Taman Kuning)
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Aktiviti / Program seperti:
Kenduri Kesyukuran / Tahlil / Doa Selamat.
Majlis Berbuka Puasa di Khariah Masjid Al-Halimi, Batu 5 & Surau Taman Delima.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha Peringkat Khariah Masjid Al-Halimi, Khariah Batu 5 & Peringkat Taman.
Sambutan Maulidur Rasul.
Gotong Royong.
Solat Hajat anak-anak yang menduduki Peperiksaan Awam.
Sambutan Kemerdekaan.
Pengajian Iqra & Al-Quran anak-anak warga Taman.
Khairat Kematian (Anak, Suami, Isteri, Ibu & Bapa).
Lain-lain keperluan.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |