PERSATUAN SOLIDARITI WANITA TERHADAP KEGANASAN GENDER
PPM-004-10-13042020
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Solidariti Wanita Terhadap Keganasan Gender didaftarkan pada tahun 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keganasan gender. Organisasi ini juga mempunyai visi untuk membina persekitaran selamat untuk wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Solidariti Wanita Terhadap Keganasan Gender mempunyai ahli sebanyak 30 orang gadis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Persatuan ini juga menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan semangat solidariti antara kumpulan. Kaedah pentadbiran dilakukan secara di atas talian dan setiap sukarelawan juga diterapkan dengan nilai-nilai keseimbangan hidup dan bekerja (work-life balance) dimana sukarelawan hanya perlu meluangkan 20% masa mereka untuk melakukan aktiviti sukarelawan.
Kumpulan sasaran ialah wanita dan kanak-kanak perempuan di Malaysia di mana penerapan ilmu yang tertumpu kepada keganasan sexual dan gender di Malaysia melalui pendidikan atas talian seperti content curating. Selain itu, Persatuan Solidariti Wanita Terhadap Keganasan Gender bergerak ke sekolah-sekolah untuk memberi taklimat mengenai kesedaran keganasan gender terhadap wanita. Selain itu, aktiviti seperti forum perbincangan juga diadakan untuk mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Solidariti Wanita Terhadap Keganasan Gender diasaskan oleh Rheanne Wong dan Nurul Aliya Ashiqin pada tahun 2019 yang mendapat inspirasi daripada rakan seperjuangan yang memulakan pergerakan "ThaiConsent". Atas matlamat yang sama untuk memperjuangkan hak-hak wanita dan mencegah keganasan gender, kedua-kedua pengasas mula menubuhkan organisasi yang dikenali sebagai StandUp Malaysia.
Syarat-Syarat Keahlian
- Umur 16 tahun - 30 tahun
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai semangat tentang pemerkasaan gender
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Memupuk nilai kepimpinan dalam ahli
- Mempelajari asas kefahaman feminism
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | standupmy | |
: | twitter.com/standup_my | |
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | www.standupmalaysia.org.my |
Telegram | : |