PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH MASJID AL-IKHLAS TAMAN TUNKU SARINA, BANDAR DARUL AMAN, JITRA, KEDAH
PPM-024-02-21072016
FAEDAH BERSAMA (KHAIRAT KEMATIAN)
Kategori
KHAIRAT KEMATIAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Matlamat Persatuan:
Menyedari pentingnnya perihal kematian ini, maka Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina telah diwujudkan selaras dengan hasrat Biro Kebajikan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (MAITTS) bagi melaksanakan amanah dalam menjaga perihal kebajikan di dunia dan di akhirat bagi seluruh ahli kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina.
Lokasi Kubur:
https://goo.gl/maps/65SXdevik5r4Docx5
Latar Belakang Pertubuhan
Bagi meningkatkan lagi peranan Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina Jitra, pihak jawatankuasa masjid telah bersepakat bersama anak kariah untuk menubuhkan Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina (PKKKMTTS) pada 27 Mei 2016. Permulaan pertubuhan hanya lebih kurang 500 sahaja keahlian, namun kini keahlian telah melebihi dari 1000 orang ahli.
Pertubuhan ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan diluluskan pada 21 Julai 2016 iaitu rujukan PPM-024-02-21072016.
Selari dengan hasrat anak-anak kariah, PKKKMTTS telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti lazimnya pertubuhan khairat kematian yang lain. Namun ada kelainan pertubuhan ini, iaitu memberi khidmat bacaan Al-Quran hingga khatam oleh anak-anak tahfiz bila diminta dan menyediakan jamuan untuk 50 orang. Perlu juga disebutkan bahawa khidmat PKKKMTTS dan AJK masjid tidak sahaja kepada ahli-ahli khairat, malah khidmat pengurusan jenazah turut diberikan kepada anak-anak kariah yang bukan ahli dan luar kariah bila diminta.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat keahlian Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina adalah terbuka kepada individu yang berumur 21 tahun keatas dan telah menetap lebih 6 bulan di kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina. Yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 (sekali sahaja) dan yuran tahunan RM60.00 (pembayaran sebelum berakhir bulan Februari setiap tahun) perlu dijelaskan segera untuk permohonan diproses. Tempoh matang menjadi ahli ialah 1 bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
Bagi permohonan baru atas talian, pembayaran yuran berjumlah RM80.00 boleh dilakukan melalui internet banking atau mesin deposit ke akaun Bank Islam dengan nombor akaun 02039010084364 atas nama Persatuan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina. Bukti pembayaran hendaklah diemel ke [email protected]
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan dan manfaat menyertai PKKKMTTS adalah untuk meringankan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati dan menguruskan hal-hal kebajikan dengan segera. Apabila berlaku kematian wang bantuan yang akan dikeluarkan adalah seperti di bawah:-
1. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris sebanyak RM2,300.00 atas kematian ahli sendiri.
2. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris/ahli sebanyak RM2,300.00 atas kematian suami/isteri ahli (isteri pertama sahaja).
3. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris/ahli sebanyak RM1,300.00 atas kematian anak ahli (yang tinggal bersama ahli dan belum berkhawin).
4. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris/ahli sebanyak RM1,000.00 atas kematian ibu/bapa ahli (yang tinggal bersama ahli).
5. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris/ahli sebanyak RM1,000.00 atas kematian ibu/bapa mertua ahli (yang tinggal bersama ahli).
6. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris/ahli sebanyak RM1,000.00 atas kematian nenek/datuk ahli (yang tinggal bersama ahli).
7. Bayaran oleh PKKKMTTS kepada waris/ahli sebanyak RM1,000.00 atas kematian OKU ahli (yang tinggal bersama ahli).
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |