PERSATUAN ALAM EKO FREN
PPM-002-10-15082018
HAK ASASI
Kategori
ALAM SEKITAR
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN ALAM EKO FREN ditubuhkan pada Ogos 2018 di mana usaha Persatuan ini aktif dengan kerja sosial alam sekitar dan kitar semula.
Maklumat Pertubuhan
VISI Persatuan ini adalah:
1. Merangka Program Kitar Semula Dan Penjagaan Alam Sekitar
2. Mewujudkan Pusat Kitar Semula
3. Memberi Kempen, Pembelajaran dan Kesedaran Kitar Semula Dan Penjagaan Alam Sekitar
4. Membantu Agensi Kerajaan Dan Swasta Demi Ke Arah Persekitaran Yang Bersih
5. Melaksanakan Inovasi Dalam Produk Kitar Semula
6. Mengenal Pasti Kawasan Alam Sekitar Dan Kawasan Yang Perlu Di Jaga
Latar Belakang Pertubuhan
Menyahut seruan kerajaan demi menjaga alam sekitar, Ahli Persatuan Alam Eko Fren pada mula nya bergerak dengan nama Eco Frenz pada awal 2016 dan membuat kerja amal dan kemasyarakatan Kempen Kitar semula dengan bergabung dengan Ahli majlis ZON 24, Majlis Bandaraya Shaha Alam, Tuan Zulnizam Bin Shahrani di kawasannya iaitu Sungai Buloh.
Menyedari akan usaha ini dan melaksankan dengan lebih serius , Persatuan Alam Eko Fren di
tubuhkan secara rasmi pada tahun 2018 dan mula serius dalam merangka usaha dan program untuk tahun 2019. Secara rasmi, Persatuan Alam Eko Fren ini terlibat dengan dua perkara selari dengan tema dan visi persatuan iaitu :
1.KITAR SEMULA
2.PENJAGAAAN ALAM SEKITAR
Syarat-Syarat Keahlian
Tiada syarat kemasukan. Penyertaan adalah secara sukarela.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Membantu Pihak Berkuasa Tempatan Dalam usaha mengurangkan Sampah yang di jana
oleh masyarakat
2.Membantu Memberi Kesedaran Dan Kempen Kitar Semula Dan Penjagaan Alam Sekitar
3.Memberi Ruang kepada Masyarakat untuk menjayakan Kempen Kitar Semula
4. Mewujudkan Suasana Kitar Semula Yang Mesra Masyarakat demi memudahkan Mereka
kepada usaha kempen Kitar Semula
5.Menghebahkan kempen kitar semula kepada semua lapisan masayarakat
6.Mewujudkan Inovasi Dalam produk dan barang Kitar semula
7.Mengambil Lokasi Lokasi Alam Semulajadi sebagai Taman Angkat atau Sungai
angkat sebagai Contoh, untuk membantu menjadi mata dan telinga kerajaan membantu
menjaga kawasan ini dan terpelihara
8.Mewujudkan Invontri kawasan dalam usaha Kempen Kitar Semula dan Jumlah Kitar
Semula
9.Memberi pendidikan Kempen Kitar Semula se awal generasi muda di pusat pembelajaran
tadika
10.Melaksanakan Kempen Penjagaan Alam Sekitar Dengan Lebih Meluas
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/AlamEkoFren | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |