BADAN USAHA DIDIKAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI KEDAH (BUDI)
PPM-002-02-24061982
KEBAJIKAN
Kategori
KANAK-KANAK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
PENGENALAN
Rumah Budi telah ditubuhkan pada tahun 1981 dengan kebenaran sijil pendaftar pertubuhan No. Ked (66) Rumah Budi mempunyai dua buah bangunan asrama, iaitu bangunan dewan makan dan dewan masak serta sebuah bangunan pentadbiran. Rumah Budi yang terletak di kawasan Pekan Yan. Anggaran jarak Rumah BUDI dengan Bandar Sungai Petani ialah 49km, 47km daripada Bandaraya Alor Setar serta 12KM daripada persimpangan Pekan Guar Chempedak.
LOKASI OPERASI :
https://www.google.com/maps/place/Badan+Usaha+Didikan+Anak+Yatim+Negeri+Kedah+(BUDI)/@5.7964253,100.3733089,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x304b24c9d3d472c3:0xb2ed0057ef1b7b7e!8m2!3d5.7964253!4d100.3754976
VISI : Merialisasikan keterampilan insan melalui asuhan minda unggul untuk meningkatkan kecemerlangan.
MISI : Melahirkan insan terasuh minda cemerlang.
MATLAMAT :
1. Untuk memajukan taraf pelajaran, pendidikan, asuhan, kemasyarakatan dan kebajikan rohani dan jasmani anak-anak yatim dan yatim piatu.
2. Memberi kemudahan pelajaran dan asuhan serta persekolahan bagi mencapai tujuan di atas
3. Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan, persatuan yang mempunyai tujuan yang sama.
Latar Belakang Pertubuhan
LATAR BELAKANG
Badan Usaha Didikan Anak-anak Yatim Negeri Kedah adalah dikenali dengan nama ringkasnya ‘BUDI’.
1. Rumah BUDI ditubuhkan pada tanggal 9 Jun 1981 dan diluluskan pendaftarannya pada tanggal 19 Julai 1981 dengan Sijil Pendaftaran No. 66 (Kedah).
2. Sebelum ditubuhkan BUDI pada tahun 1976, asalnya ialah “ Majlis Kebajikan Malaya Cawangan Daerah Yan yang diasaskan oleh Tuan Haji Ghazali Bin L. Ahmad. Beliau digelar dengan panggilan “Paksu” yang bekerja sebagai Pegawai Penerangan Daerah Yan.
3. Setelah BUDI ditubuhkan pada 19 Julai 1981, pengasasnya ialah Tuan Hj Ghazali Bin L. Ahmad (Pak Su) selaku pengerusi dan dibantu oleh Tuan Hj Ahmad Bin Hj Awang digelar dirinya “ Pak Teh” selaku setiausaha yang bertugas sebagai penghulu Mukim Sala Besar seterusnya dilantik sebagai ADUN Kawasan Sala. Selain itu, pengurusan dan pentadbiran BUDI turut dibantu oleh Encik Ahmad Bin Ismail (Penyelia Kanan Kemas Daerah Yan) selaku bendahari dan juga beberapa orang ketua masyarakat serta penghulu Daerah Yan.
4. Bangunan Rumah BUDI merupakan Rumah Kediaman Tuan Pegawai Daerah Yan yang ditinggalkan kosong. Setelah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri Kedah, ia telah dijadikan tempat tinggal/asrama kepada anak-anak yatim atau yatim piatu seramai 20 orang puteri pada ketika itu. Setelah dibaiki dan diubahsuai dengan peruntukan permulaan yang disalurkan oleh YAB Dato’ Seri Syed Nahar Shahabudin (Menteri Besar Kedah) sebanyak RM 20,000.00, YB ahli Parlimen Jerai RM 10,000.00 dan melalui Pejabat Daerah Yan sebanyak RM 10,000.00.
5. Dengan adanya perubahan bangunan rumah tersebut, pada 15 Mei 1979, asrama BUDI telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Nahar Shahabudin iaitu Menteri Besar Kedah.
TUJUAN PENUBUHAN RUMAH BUDI
1. Memajukan taraf kemasyarakatan pelajaran, pendidikan dan sosial khasnya untuk kebajikan rohani dan jasmani anak-anak yatim atau yatim piatu
2. Menubuh dan menguruskan persekolahan bagi mencapai tujuan masyarakat hingga ke menara gading atau yang lebih tinggi.
3. Bekerjasama dengan persatuan/pertubuhan dan badan-badan lain (NGO) yang mempunyai tujuan yang sama.
OBJEKTIF
Penubuhan Rumah Budi mempunyai objektif tersendiri yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan iaitu:
1. Untuk memajukan taraf pelajaran, pendidikan, asuhan, kemasyarakatan, kebajikan rohani dan jasmani anak- anak yatim dan yatim piatu.
2. Memberi kemudahan pelajaran dan asuhan serta persekolahan bagi mencapai tujuan di atas.
3. Bekerjasama dengan lain- lain pertubuhan, persatuan yang mempunyai tujuan yang sama.
SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN ANAK-ANAK YATIM UNTUK TINGGAL DI
ASRAMA
1. Anak Yatim kematian bapa atau ibu atau kedua-duanya (Yatim Piatu) melalui pengesahan Sijil kematian bapa atau ibu. Pengesahan ini hendaklah dibuat oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah yang kanak-kanak tinggal.
2. Terbuka di semua daerah dalam Negeri Kedah.
PENGAMBILAN ANAK- ANAK YATIM
Pengambilan Anak- Anak Yatim/ Yatim Piatu melalui borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Rumah BUDI Yan.
Kelayakan permohonan tertakluk kepada keputusan lembaga temuduga yang berdasarkan kepada permohonan anak yatim atau yatim piatu yang miskin, bermasalah dan mempunyai minat untuk berjaya.
PUNCA PENDAPATAN
1. Melalui Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam bentuk geran tahunan (bergantung kepada jumlah penghuni).
2. Melalui sumbangan derma/sedekah orang ramai, badan-badan sukarela, NGO dan lain-lain orang perseorangan.
3. Sumbangan muslimin pada bulan puasa dan majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim yang turut diadakan.
KEPERLUAN PERBELANJAAN
Rumah Budi memerlukan sumber kewangan bagi tujuan perbelanjaan:
1. Makan dan minum
2. Perbelanjaan persekolahan
3. Pengangkutan
4. Pengurusan
5. Bil Elektrik/ Api dan Air
6. Aktiviti harian
7. Bayaran gaji dan Upah
8. Pembaikan
9. Pentadbiran
10. Lain- lain keperluan semasa.
AKTIVITI UTAMA RUMAH BUDI
1. Membantu dan membimbing anak-anak yatim/piatu dari segi pendidikan akademik dan rohani.
2. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan persekitaran yang baik dan selesa.
3. Mematuhi peraturan-peraturan sebagai pusat jagaan.
4. Menjaga dan mengawal keselamatan serta disiplin penghuni.
5. Menyediakan segala keperluan persekolahan, makan dan minum, penginapan dan lain-lain keperluan asas.
6. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan jabatan-jabatan dan masyarakat setempat.
7. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak PEYATIM.
8. Berusaha mencari dana untuk membiayai keperluan anak-anak BUDI.
9. Mematuhi undang-undang dan perlembagaan BUDI.
Syarat-Syarat Keahlian
KAEDAH KEAHLIAN :
1. Borang keahlian boleh didapati di Pejabat Rumah BUDI atau melalui e-mail seperti berikut :
- PUSAT JAGAAN BADAN USAHA DIDIKAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI KEDAH (BUDI)
JALAN PEGAWAI, 06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN.
- [email protected]
2. Keahliaan BUDI dengan yuran seumur hidup bernilai RM 200.00 atau
3. Keahlian BUDI dengan yuran tahunan bernilai RM 10.00 setahun.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Membantu dan membimbing anak-anak yatim/piatu dari segi pendidikan akademik dan rohani.
2. Menyediakan kemudahan pembelajaran dan persekitaran yang baik dan selesa.
3. Memajukan taraf pelajaran, pendidikan, asuhan, kemasyarakatan dan kebajikan rohani dan jasmani anak-anak yatim dan yatim piatu.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |