KELAB PENCINTA & PELINDUNG HAIWAN JALANAN LABUAN
PPM-001-15-15062016
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Kelab ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan haiwan-haiwan jalanan/terbiar iaitu anjing dan kucing di pulau Labuan.
Maklumat Pertubuhan
Kelab Pencinta & Pelindung Haiwan Jalanan Labuan, atau lebih dikenali dengan nama tidak rasmi Stray Free Labuan, dikendalikan oleh sukarelawan tempatan yang bermatlamat untuk membela nasib haiwan-haiwan jalanan/terbiar di pulau Labuan.
Selain mewujudkan "adoption home" untuk anak-anak anjing dan kucing jalanan/terbiar, matlamat utama Kelab ialah membantu dalam kawalan kadar populasi haiwan jalanan/terbiar di pulau Labuan melalui kaedah "Trap, Neuter & Release (TNR)". Anjing dan kucing jalanan/terbiar akan ditangkap, dikembiri dan setelah itu dikembalikan semula ke habitat asal mereka. Pemantauan akan dilakukan oleh para sukarelawan dari masa ke semasa dan memberi penjagaan susulan (after care) dengan memberi makanan kepada anjing dan kucing jalanan/terbiar ini. Kaedah "TNR" adalah kaedah yang telah dipraktikkan oleh banyak persatuan penyelamat haiwan jalanan di negara ini dan juga di luar negara kerana ianya dibuktikan amat berkesan serta pengurusan kawalan populasi yang berperikemanusiaan.
Salah satu objektif Kelab ini melaksanakan program/kempen pendidikan dan pengiklanan yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat, tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak,tentang kepentingan untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan haiwan peliharaan dan juga haiwan jalanan/terbiar.
Latar Belakang Pertubuhan
Kelab ini bermula dengan penubuhan satu kumpulan kecil penyelamat anjing dan kucing jalanan/terbiar di media sosial Facebook dengan nama Stray Free Labuan, pada sekitar tahun 2014. Bermula dengan hanya dua orang sahabat yang ingin membantu para pencinta dan penyelamat haiwan jalanan/terbiar untuk mencari "adoption home" kepada anak-anak anjing dan kucing, kumpulan ini telah disertai oleh berpuluh orang ahli yang terdiri daripada masyarakat tempatan.
Pada Jun 2016, kumpulan ini telah mendaftar dengan JPPM untuk menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan dengan nama Kelab Pencinta & Pelindung Haiwan Jalanan Labuan.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian biasa terbuka kepada pencinta haiwan jalanan/terbiar yang bertaraf warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
Keahlian Ahli Remaja terbuka kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun, dengan syarat mempunyai surat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga sah. Ahli Remaja tidak dibenarkan mengundi atau memegang sebarang jawatan di dalam Kelab.
Setiap keahlian dikenakan bayaran pendaftaran dan tahunan:
a) Yuran pendaftaran & kemasukan : RM5 - bayaran pada kali pertama mendaftar sebagai keahlian Kelab
b) Yuran tahunan : RM20 - bayaran pada tahun berikutnya
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat bersama-sama menbantu dan menjaga kebajikan haiwan-haiwan jalanan/terbiar di Labuan agar mereka juga diberikan peluang untuk menjalani kehidupan yang sempurna.
Pautan Sosial Media
: | Stray Free Labuan | |
Youtube | : | |
: | StrayFreeLabuan | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |