PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TIKAM BATU PEKULA JAYA (PASTIJAYA)
PPM-019-02-06022018
SOSIAL
Kategori
ALUMNI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
SMK PEKULA JAYA, 08600 TIKAM BATU. KEDAH.
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Tikam Batu Pekula Jaya (PASTIJAYA) d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, 08600 Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Tujuan penubuhan ialah mengumpulkan semua bekas pelajar, bekas guru,bekas kakitangan sokongan serta guru-guru dan kakitangan sokongan Sekolah Menengah Tikam Batu Pekula Jaya. -Melaksanakan program serta aktiviti kebajikan dan sosial yang berkaitan dengan ahli-ahli alumni dan masyarakat. -Mengadakan program dan aktiviti yang melibatkan bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan sokongan serta guru-guru dan kakitangan sokongan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara. -Memberikan bantuan moral dan fizikal kepada golongan yang memerlukan.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan alumni Sekolah Menengah Tikam Batu Pekula Jaya (Pastijaya) telah dimulakan oleh pihak sekolah denga menganjurkan Majlis Jejak Kasih Alumni SMTB/ SMKPJ pada 12 Mac 2016. Dalam majlis itu tercetus idea untuk menubuhkan satu persatuan alumni untuk Sekolah Menengah Tikam Batu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya. Mulai dari tarikh itu terbentuklah satu jawatankuasa penaja untuk menguruskan pembentukan satu persatuan untuk alumni. Pada 6 Februari 2018 pendaftaran Pastijaya telah diluluskan.
Syarat-Syarat Keahlian
Semua bekas pelajar, bekas guru, bekas kakitangan sokongan, guru dan kakitangan sokongan Sekolah Menengah Tikam Batu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya, Sungai Petani. warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira jantina, bangsa, keturunan dan agama layak menjadi ahli pertubuhan. Jenis ahli - 1. Ahli biasa hendaklah membayar yuran tahunan RM 10,00 dan ahli seumur hidup RM 100.00. Yuran bayaran masuk sebanyak RM 10.00. 2. Ahli Seumur Hidup adalah terbuka kepada mereka yang membayar yuran seumur hidup dengan sekaligus. 3. Ahli Kehormat adalah terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh membei sumbangan kepada kejayaan Pertubuhan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
-Dapat mengeratkan silaturahim antara ahli terutamanya bekas murid, kakitangan sokongan, bekas guru , kakitangan sokongan dan guru-guru yang sedang berkhidmat di skoalh ini. - Dapat melaksanakan profram dan aktiviti kebajikan dan sosial berkaitan ahli dan masyarakat. -Memberikan bantuan moral dan fizikal kepada golongan yang memerlukan. -Membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program demi kemajuan murid dan kejayaan sekolah.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |