PERSEKUTUAN PENGAMAL PERUBATAN DARUL TAWAKKAL MALAYSIA
PPM-012-03-19072020
PERDAGANGAN
Kategori
PERKHIDMATAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
PERSEKUTUAN PENGAMAL PERUBATAN DARUL TAWAKKAL MALAYSIA (DARUL TAWAKKAL) telah didaftarkan di negeri Kelantan pada 19 Julai 2020 yang berpusat di Machang atas inisiatif beberapa orang murid TUAN GURU USTAZ HAJI ABDUL MANAF IBNI AL-MARHUM HAJI HARUN. DARUL TAWAKKAL sebelum ini bergerak aktif atas nama PUSAT RAWATAN DARUL TAWAKKAL yang mana ianya berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
DARUL TAWAKKAL datang membawa VISI yang cukup jelas dalam 5 sektor utama iaitu:
1) INDUSTRI PERUBATAN
2) EKONOMI
3) SENI BELADIRI (PERSILATAN)
4) KEBAJIKAN
5) KEROHANIAN
Setiap sektor ini DARUL TAWAKKAL mempunyai impian dan matlamatnya yang tersendiri untuk direalisasikan.
DARUL TAWAKKAL juga menggalas tanggungjawab yang cukup besar dalam memastikan MISI yang diperjuangkan menjadi realiti terutama dalam 6 perkara utama iaitu:
1) Mengembalikan kaedah perubatan Islam asli yang diwarisi oleh ulama' silam
2) Mencegah perubatan yang berunsurkan khurafat, syirik dan tahyul
3) Mengukuh dan meningkatkan kekuatan serta pengaruh Persekutuan Pengamal Perubatan Darul Tawakkal Malaysia di Nusantara
4) Menyediakan satu platform kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu perubatan dan benteng diri
5) Memperkenalkan kaedah perubatan Fisio-Islam
6) Melahirkan generasi pengamal perubatan Islam yang berkualiti yang berteraskan aqidah dan cara Islam
Latar Belakang Pertubuhan
Penubuhan PERSEKUTUAN PENGAMAL PERUBATAN DARUL TAWAKKAL MALAYSIA (DARUL TAWAKKAL) merupakan atas dasar tanggungjawab dan dakwah yang telah diperkenalkan oleh TUAN GURU USTAZ HAJI ABDUL MANAF IBNI AL-MARHUM HAJI HARUN.
Gerakan DARUL TAWAKKAL telah diasaskan oleh TUAN GURU USTAZ HAJI ABDUL MANAF IBNI AL-MARHUM HAJI HARUN yang telah beroperasi dan bertapak dalam Industri Perubatan Islam dan Alternatif di Malaysia sejak 40 tahun yang lalu atas nama RAWATAN TAWAKKAL (Underground). Kemudian, pada awal tahun 2016 Rawatan Tawakkal telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama PUSAT RAWATAN DARUL TAWAKKAL (201603246434 / KT0396910-P) yang berpusat di Machang, Kelantan.
Pada pertengahan tahun 2016, Pusat Rawatan Darul Tawakkal telah mengembangkan sayapnya dengan membuka cawangan di beberapa Negeri Semenanjung Malaysia seperti Terengganu, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2020 sekali lagi Pusat Rawatan Darul Tawakkal berusaha mengembangkan sayapnya melalui pendaftaraan pertubuhan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM / ROS). Pada 19 Julai 2020, Pusat Rawatan Darul Tawakkal berjaya menjadi sebuah pertubuhan (Pertubuhan Bukan Kerajaan / NGO) atas nama PERSEKUTUAN PENGAMAL PERUBATAN DARUL TAWAKKAL MALAYSIA (DARUL TAWAKKAL) dengan nombor pendaftraan PPM-012-03-19072020. Dengan nama dan nafas baru sekali lagi DARUL TAWAKKAL berjaya mengembangkan empayarnya di seluruh Jajahan Negeri Kelantan dan beberapa cawangan di Negeri Semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Dan Kedah.
Antara pencapaian DARUL TAWAKKAL selama 40 tahun dalam Industri Perubatan Islam dan Alternatif ini ialah berjaya menembus sempadan antarabangsa sehingga ke Mesir, Oman, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura Dan Arab Saudi. Segala keilmuan dan silibus di dalam DARUL TAWAKKAL adalah 100% disusun oleh TUAN GURU USTAZ HAJI ABDUL MANAF IBNI AL-MARHUM HAJI HARUN dan hanya beliau seorang sahaja yang layak memberi ijazah untuk setiap amalan yang terkandung di dalam silibus dan pengajian DARUL TAWAKKAL. Asal usul nama DARUL TAWAKKAL ini juga datang dari beliau yang mana ianya bukanlah sesuatu yang direka sesuka hati. DARUL menurut istilah bahasa adalah Rumah / Tempat / Pusat dan manakala TAWAKKAL pula bererti Mewakili / Menyerahkan. Dalam agama Islam, tawakkal bererti berserah diri sepenuhnya kepada Allah Taala dalam menghadapi atau menunggu hasil suatu pekerjaan atau menanti akibat dari suatu keadaan.
Imam Al-Ghazali merumuskan defisini tawakkal sebagai berikut. Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah Taala tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram. Dengan itulah TUAN GURU USTAZ HAJI ABDUL MANAF IBNI AL-MARHUM HAJI HARUN namakan DARUL TAWAKKAL bagi menunjukkan tempat atau pusat menyerah dan bersandar kepada Allah Taala dalam apa jua ikhtiar yang DARUL TAWAKKAL lakukan kepada setiap pesakit yang datang berjumpa dan menerima khidmat DARUL TAWAKKAL.
Syarat-Syarat Keahlian
Syarat Untuk Belajar & Menjadi Ahli:
1) Islam
2) Lelaki & Perempuan berumur 18 tahun keatas
3) Yuran pendaftaran RM100 (sekali seumur hidup)
4) Yuran keahlian RM10 (sebulan)
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Di dalam silibus PERSEKUTRUAN PENGAMAL PERUBATAN DARUL TAWAKKAL Malaysia dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:
1) Rawatan makhluk halus / mistik iaitu bermula dari kejadian makhluk halus, cara mengenalinya, cara scan, cara makhluk halus merasuk tubuh, cara rawatan dan ruqyah, jenis-jenis sihir dan sebagainya
2)Rawatan urat saraf iaitu bermula dari mengenali setiap anggota tubuh badan termasuk mengenali nama tulang, jenis saraf dan nama, punca berlaku kerosakan saraf, implikasi yang terjadi untuk setiap point saraf dan sebagainya
3) Mengendalikan herba iaitu mengenali jenis-jenis herba dan tumbuhan yang boleh dijadikan penawar, cara proses, kaedah penggunaan, cara proses menjadi capsule, cara proses menjadi air, cara proses menjadi serbuk, cara guna dan sebagainnya
Setiap ahli DARUL TAWAKKAL juga akan diajarkan ilmu Ekonomi, Seni Beladiri (Persilatan), Amalan Kerohanian / Benteng Diri, Senaman / Fisio-Islam, Ilmu Nafas, Ilmu Langka dan sebagainya
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |