PERSATUAN KEBAJIKAN ORANG CACAT MANJUNG
PPM-001-08-24121988
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Maklumat Pertubuhan
Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung (PKOCM) ialah sebuah pusat yang khusus untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dan orang kurang upaya fizikal menjadikan ia mingkin bagi mereka untuk mencapai impian mereka. Sejak ditubuhkan pada tahun 1987, pusat ini menerima pakai satu dasar iaitu pintu terbuka dimana perkhidmatan adalah percuma untuk sesiapa sahaja yang kurang upaya, tanpa mengira usia, bangsa, agama, jantina atau budaya. Bagi mengurangkan trauma kecacatan, PKOCM telah menerima pakai "Kesihatan Pemulihan Masyarakat Global". Modal organisasi ini adalah amalan untuk mencapai kualiti kehidupan yang maksimum bagi orang-orang kurang upaya. Pendekatan holistik adalah untuk menggalakkan seluruh masyarakat untuk menyumbangkan kepada proses pemulihan dan membawa orang kurang upaya kepada integrasi mereka masyarakat. PKOCM juga membantu orang kurang upaya untuk menjalani kehidupan yang berguna dan normal.
1. VISI - Menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan dan program-program bagi OKU
2. MISI - Warga Kurang Upaya mempunyai hak yang sama dengan orang lain.
Latar Belakang Pertubuhan
Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung (PKOCM) telah di mulakan pada tahun 1988 oleh Kelab Rotary dan sekumpulan sukarelawan tempatan dengan kerjasama Yayasan Sultan Idris Shah, Ipoh Perak dengan kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Pejabat Kebajikan Daerah Manjung. Pada masa itu premis makmal Sains Dr. V.R.N. Menon digunakan secara percuma dengan di bantu oleh sukarelawan ahli jawantankuasa yang berdidikasi. Program dan aktiviti dijalankan 3 kali dalam seminggu serta beroperasi selama lapan bulan sahaja.
Pada tahun 1989, Pusat Harian ini berpindah ke premis yang lebih baik iaitu di No.14, Jalan Menon, Kg. Selamat, 32000 Sitiawan. Sewa bangunan ini ialah RM250.00 sebulan. Disini program pemulihan dan aktiviti dimantapkan lagi dan beroperasi 5 hari dalam seminggu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Dua orang kakitangan ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan.
Pada tahun 2009, dengan hasil usaha ahli jawatan kuasa, sumbangan prihatin dari pelbagai pelusuk masyarakat, badan kerajaan serta badan bukan kerajaan maka terdirilah sebuah bangunan impian setiap warga kurang upaya di Lot 8094, Jalan Menon, Kg. Selamat, 32000 Sitiawan yang dilengkapi dengan peralatan pemulihan.
Syarat-Syarat Keahlian
a) Kewarganegaraan : Malaysia
b) Umur Minima : 18 Tahun
c) Jantina : Lelaki dan Perempuan
d) Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Daerah Manjung
e) Keturunan/Bangsa : Semua
f) Agama : Semua
g) Kriteria keahlian : Yang beralamat Daerah Manjung adalah layak untuk memohon menjadi Ahli Pertubuhan. Ini adalah sah setelah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa.
1. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukkan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawantankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohanan tanpa memberi sebab.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya
2. Program lawatan kerumah (Homebase program)
3. Kemahiran Vokasional
4. Aktiviti kemahiran hidup
5. Lawatan sambil belajar
6. Membantu mencari pekerjaan
7. Program motivasi kesihatan untuk ibubapa dan umum
8. Rujuk ke hospital Pakar Prosthetik
9. Aktiviti Hidroterapi
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |