PERTUBUHAN UNTUK TOLERANSI DAN KESEDARAN
KUCHING(PUTDK) (SOCIETY FOR TOLERANCE AND AWARENESS KUCHING)(SOFTAA)
PPM-013-13-30102017
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Didaftarkan pada 30 Oktober 2017 .dahulunya dikenali sebagai Pertubuhan untuk Toleransi dan Kesedaran Kuching dan telah pun dipinda ke Pertubuhan untuk Toleransi dan Kesedaran Sarawak.
Maklumat Pertubuhan
PERTUBUHAN UNTUK TOLERANSI DAN KESEDARAN SARAWAK (PUTDKS)
SARAWAK SOCIETY FOR TOLERANCE AND AWARENESS (SOFTAA)
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini adalah dibentuk untuk satu wadah usaha bagi memperjuangkan nasib penduduk luar bandar dan masyarakat Sarawak secara amnya. Ianya berlandaskan mengikut tatakelola seperti dalam prinsip Rukun Negara dan menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan bukan nya untuk kepentingan peribadi mahupun untuk komersil.
Selain memainkan peranan besar dalam aktiviti kemasyarakatan ,Ianya juga disebut sebagai tulang belakang yang membantu menyelesaikan masalah komuniti Sarawak terutamanya menangani pelbagai keperluan sosial termasuk isu kemiskinan dan pengangguran ke arah sosioekonomi dan pembangunan sumber manusia.
Pertubuhan ini juga telah pun memainkan peranan sebagai entiti bebas memberi nasihat dari segi aspek undang-undang (pre-legal advice) kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan.
Oleh yang demikian, perlunya kolaborasi antara mana-mana stake holders termasuklah dalam perkongsian bijak supaya pelaksanaan sebarang aktiviti dapat dioptimumkan untuk mencapai objektif yang sama.
Syarat-Syarat Keahlian
Ahli Biasa Pertubuhan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 21 ke-atas yang menetap di Negeri Sarawak.
Yuran keahlian sebanyak RM 10.00 untuk satu tempoh satu tahun.
Yuran seumur hidup adalah sebanyak RM 100.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan menyertai pertubuhan ini memberikan fokus kepada ahli ahli dalam mencapai objektifnya seperti memperjuangkan peluang pendidikan dan kemahiran, memperkasa ekonomi wanita, mengawal dan mengurus kesihatan,membantu mangsa bencana alam, memperjuangkan isu berkaitan hak kemanusiaan, sosial, ekonomi, politik, budaya dan sebagainya. Secara umumnya fungsi utamanya iaitu operasional atau advokasi.
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |