PERSATUAN IBUBAPA GURU SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK, SELANGOR
PPM-003-10-08041993
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan;
a. Menyediakan satu forum di antara ibu bapa atau penjaga dan guru
bertukar-tukar pendapat dan maklumat berhubung dengan
pembelajaran dan kemudahan yang terdapat di SRIAAG.
b. Menyediakan satu saluran untuk ibu bapa atau penjaga menyampaikan
pandangan kepada pihak pengurusan SRIAAG berkaitan dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka.
c. Mengeratkan hubungan baik di antara ibu bapa atau penjaga dan guru
bagi mewujudkan persekitaran SRIAAG yang kondusif untuk
membolehkan murid-murid mencapai perkembangan rohani dan
sahsiah ke arah melahirkan murid-murid SOLEH WA MUSLEH.
d. Membantu dalam memastikan murid-murid mendapat faedah yang
maksimum daripada sistem pendidikan di SRIAAG dan kemudahan-
kemudahan pembelajaran mereka.
Maklumat Pertubuhan
Tempat urusan dan alamat surat-menyurat Persatuan adalah :-
Lot 1078, Batu 8 3/4, Jalan Sungai Pusu
53100 Kuala Lumpur
Latar Belakang Pertubuhan
Fungsi Persatuan adalah :-
a. Membantu memajukan perkembangan murid-murid dan menjaga
kebajikan ahli.
b. Menambah sumber kewangan Persatuan bagi membantu pihak
SRIAAG menambah dan meningkatkan kemudahan pembelajaran.
c. Meningkatkan kerjasama dan menyediakan saluran komunikasi
dengan pengurusan SRIAAG bagi mewujudkan suasana yang kondusif
untuk menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Syarat-Syarat Keahlian
Semua guru SRIAAG dan ibu bapa atau penjaga murid yang sedang
belajar di SRIAAG adalah secara automatik menjadi ahli Persatuan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Semua ahli berhak memegang jawatan, mengundi, menyuarakan
pendapat dan mendapat segala kemudahan yang termaktub dalam
Perlembagaan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/pages/Laman-Rasmi-PIBG-SRIAAG/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |