AKTIVITI | KESELAMATAN
Gotong-royong SRIAAG 2022


Para ibu bapa dan guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak telah meluangkan masa di cuti hujung minggu untuk menjayakan aktiviti gotong-royong sebagai penutup kepada tahun 2022 ini.


Aktiviti utama yang telah dijalankan ialah membersihkan kawasan longkang di sekitar kantin dan sekolah. Kadangkala jika hujan lebat, kawasan sekitar kantin akan dinaiki air kerana longkang tersumbat akibat tidak dibersihkan.


Keadaan gempar seketika apabila seekor biawak ditemui di dalam longkang semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan.


Sekolah yang bersih menjamin keselamatan para guru juga anak-anak semasa mereka berada di sekolah.