BERITA | SOSIAL
Siri Program Wacana Minda : Penyakit Ain Ancaman Melalui Media Sosial (MEDSOS)

Pertubuhan Jaringan Intelek Generasi Muslim (MIKRAJ) telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut NGO Mikraj telah mengadakan program Siri Program Wacana Minda: Penyakit Ain Ancaman Melalui Media Sosial (MEDSOS) . Program ini telah diadakan pada 16 Oktober 2022 yang melibatkan 100 orang peserta di kalangan Pelajar KMM dan IPTA sekitar Melaka, Alumni KMM dan orang awam di Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM).


Antara objektif utama penganjuran program ini adalah seperti berikut:

  1. Menambah pengetahuan tentang salah satu penyakit bawaan mata dan hati serta sifat-sifatnya.
  2. Berupaya mencari kaedah dan rawatan serta sebab-sebab yang boleh dielakkan daripada menerima tempias penyakit ini.
  3. Menggunakan media sosial dengan lebih bertanggungjawab agar tidak memberi kesan penyakit kepada diri sendiri, keluarga atau kenalan rapat.


Program Wacana Minda ini telah bekerjasama dengan Kelab Alumni KMM (KARISMA) dan menjemput seorang penyelidik iaitu UST FAISOL BIN SHEIKH MOHD AL – BAYMIN yang merupakan penulis BUKU AL-AIN BAHAYA DI SEBALIK MATA. Pihak NGO Mikraj menjemput beliau untuk berkongsi kajian ilmiah dan dapatan yang telah dijalankan olehnya untuk kita sama-sama mengenali sifat dan mencari jalan terbaik rawatan dan langkah-langkah susulan. 


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang separuh hari tersebut berkaitan perkongsian ilmu, pengalaman dan sesi pertanyaan serta pencerahan daripada tetamu jemputan. Jualan BUKU AL-AIN BAHAYA DI SEBALIK MATA juga turut diadakan dengan harga diskaun yang diberikan kepada peserta yang hadir. Di akhir sesi, urusetia memberikan cenderamata kenang-kenangan daripada pihak Mikraj kepada semua peserta dan sukarelawan yang hadir.