PROMOSI | KEBAJIKAN
9 Siri Syurga

Lapan pintu Syurga itu ialah:

1. Pintu Solat

Ia di sediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat-solat sunat.


2. Pintu Jihad

Ia disediakan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah bagi menegakkan kalimah Allah.


3. Pintu Ar-Rayyan

Ia disediakan kepada mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.


4. Pintu Sedekah

Ia disediakan kepada mereka yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu.

Keempat-empat pintu yang di sebutkan di atas berdasarkan sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang menginfaqkan sepasang dari hartanya (iaitu berjumlah dua seperti jika ia penternak kambing maka ia menginfaqkan dua ekor kambing) di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan).

Maka barang siapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah".


5. Pintu Aiman (pintu paling kanan)

Ia disediakan kepada umat islam yang tidak dihisab amalannya.

Mereka yang di sebutkan Allah golongan kanan yang mana golongan kanan kebiasaanya berkat. Jika kita lihat dalam hadis-hadis nabi maka nabi menyukai belah kanan dan akan memulakan belah kanan dahulu. Firman Allah didalam Surah Al-Waqiah ayat 8: Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu.


6. Pintu menahan marah dan memaafkan manusia

Ia disediakan kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.

Pintu ini juga disediakan kepada mereka yang dapat memaafkan orang lain dengan penuh keikhlasan


7. Pintu orang menyebut La Haula Wala Quata illa Billah

Ia disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada Allah.


8. Pintu hormat ibu bapa

Ia disediakan kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibubapa dalam apa jua keadaan mereka.