PROGRAM CINTAILAH PANTAI KITA





MAKLUMAT UMUM PROGRAM
Pengenalan
Program ini bertujuan untuk membantu pemuliharaan kawasan pantai memandangkan pantai berkenaan dicemari sampah-sarap. Program yang julung kalinya diadakan diketuai oleh Pengerusi Kelab. Selain itu, program ini akan memberi penerangan tentang kepentingan kebersihan yang turut mempengaruhi faktor kesihatan diri. Pencemaran alam boleh mengakibatkan penyakit seperti denggi, taun dan sebagainya. Selain itu juga, program ini adalah untuk menyemai semangat kerjasama antara ahli untuk bergotong-royong bagi membersihkan kawasan pantai, di samping meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang sihat selain membawa nilai murni sayangkan alam sekitar kepada masyarakat serta memupuk kesedaran, kepentingan penjagaan alam sekitar dan kesan pembuangan sampah di pantai
Objektif Program
i. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan
perkhidmatan kepada komuniti serta mendkeatkan diri
dengan masyarakat
ii. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama,
dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan
iii. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong
menolong dan bantu membantu sesame masyarakat dalam
menjaga kebersihan pantai.
i. Untuk menanam sikap bertanggungjawab, bekerjasama serta menyayangi dalam menjaga kepentingan memelihara serta memulihara pantai-pantai di Malaysia.
ii. Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif oleh orang awam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan pantai.
iii. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan alam sekitar kepada semua ahli.
iv. Memberi kesedaran melalui taklimat mengenai kebersihan mempengaruhi kesihatan.
Jawatankuasa
Pelaksana
Penasihat: Puan Nor Aliza binti Baharuddin
Pengerusi: Encik Rahim bin Ghazi @ Mat Khazi
Pengarah Program: Encik Mohd Asrol Adam bin Mohd Lotpi
Setiausaha: Encik Mohammad Fakrul Azwar bin Abdul Rani
Bendahari: Encik Md Saufi bin Loman
AJK Makanan: Puan Fadilah binti Che Mat
Cik Azmafazila binti Ab Rashid
AJK Peralatan: Encik Mohd Zulfadli bin Mohd Zuki
AJK Hadiah dan Cenderahati: Puan Nolizawati binti Hashim
AJK Aktiviti: Encik Abdullah bin Mat
Puan Zubaidah binti Abdullah
Puan Siti Fatimah binti Mohd Noor
AJK Media: Puan Rosnidarmila binti Hassan
Puan Norhayati binti Che Wil
AJK Keselamatan: Encik Zulkifli bin Ahmad
AJK Tugas-Tugas Khas: Encik Dormadi bin Abdul Ghani
Encik Mohamad Asrizi bin Che Lah
Jemputan
Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Huzaimy bin Che Husin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama
Doktor Hairul Bariyah binti Zamri
Pegawai Perubatan dan Kesihatan UD48
Klinik Kesihatan Balai, Bachok
Kakitangan Perubatan
Klinik Kesihatan Balai, Bachok
Ahli Kelab JKPTG Kelantan
Penduduk Kampung Sekitar Kawasan Pantai Irama, Bachok
Tentatif Program
CINTAILAH PANTAI KITA PADA 08 OKTOBER 2022
07.00 pagi - Urusetia berkumpul di lokasi Pantai Irama, Bachok
08.00 pagi - Kaunter pendaftaran mula dibuka untuk pendaftaran ahli dan penduduk kampung
- Minum pagi
09.00 pagi - Ceramah berhubung “Kebersihan Mempengaruhi Kesihatan” oleh Doktor Hairul Bariyah binti Zamri
Pengawai Perubatan dan Kesihatan UD48, Klinik Kesihatan Balai, Bachok, Kelantan
10.00 pagi - Perasmian Program Cintailah Pantai Kita oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Huzaimy bin Che Husin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Kelantan
- Program gotong royong membersihkan pantai bermula
11.00 pagi - Kaunter Pemeriksaan Kesihatan dan menderma darah mula dibuka oleh Kakitangan Perubatan daripada Klinik Kesihatan Balai, Bachok, Kelantan
12.30 tghari - Makan tengahari
- Bersurai
Perincian Program
Pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) seramai 13 orang urusetia telah berkampung di Irama Inn 2 untuk persediaan tempat program. Jarak diantara tempat penginapan dan tempat program hanyalah 1 kilometer sahaja. Pada hari program 8 Oktober 2022 (Sabtu), bermula jam 7.00 pagi. Urusetia mula berkumpul di lokasi program dan mula melaksanakan tugas mengikut tugasan yang diberikan. Kaunter pendaftaran dibuka pada jam 8.00 pagi, kehadiran ahli-ahli kelab serta sambutan daripada penduduk setempat sangat memberangsangkan. Seramai 186 orang kehadiran peserta direkodkan. Peserta yang telah mendaftar diagihkan sehelai baju t-shirt berserta sarapan pagi. Majlis dimulakan dengan Ceramah berhubung “Kebersihan Mempengaruhi Kesihatan Oleh Doktor Hairul Bariyah binti Zamri, Pegawai Perubatan UD48 dari Klinik Kesihatan Balai, Bachok, Kelantan. Pada jam 10.00 pagi, kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Huzaimy bin Che Husin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama disambut bagi merasmikan program. Setelah selesai perasmian oleh Yang Berhormat, Program gotong royong membersihkan pantai bermula pada jam 10.15 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Pada penghujung program, kaunter pemeriksaan kesihatan dan menderma darah mula dibuka oleh kakitangan perubatan daripada Klinik Kesihatan Balai, Bachok. Program diakhiri dengan makan tengahari dan peserta bersurai pulang.
LAPORAN KEWANGAN
Berikut adalah penjelasan bagi segala pendapatan dan perbelanjaan
program.
Berikut adalah penjelasan bagi segala pendapatan dan perbelanjaan program.
LAPORAN KEWANGAN
PENDAPATAN KEWANGAN
JUMLAH (RM)
Geran MyICE 2022 daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
RM 10,000.00
Duit Kelab JKPTG Kelantan
RM 81.60
LAPORAN PERBELANJAAN
Makanan
*Sarapan Pagi (RM 3.00 x 200 pax = RM 600.00)
*Makan Tengahari (RM 7.00 x 200 pax = 1,400.00)
Penginapan Urusetia Program
*Bilik (RM 79.23 x 13 unit = RM 1,030.00)
*Makan Malam (RM 170.00)
Khemah
*Meja Panjang (RM 1,000.00)
*Kerusi Plastik
Baju Program
*T-shirt Cintailah Pantai Kita (RM 20.00 x 200 helai = RM 4,000.00)
Peralatan
*Alat kelengkapan gotong royong (RM 1,011.90)
*Beg plastik sampah
Hamper
*Hamper Penceramah dan YB (RM 100.00)
*Hamper Cabutan Bertuah (RM 445.70)
Banner
* 8 x 4 lubang 4 pcs (RM 108.00 x 3 unit = RM 324.00)
* Artwork shape
JUMLAH KESELURUHAN
RM 10,081.60