AKTIVITI | KEAGAMAAN
PROGRAM BACAAN SURAH YASIN,SOLAT HAJAT & TAHLIL PERDANA
  • PERTUBUHAN KOMUNITI SKI FASA 5A, SELANGOR
  • Penganjur : PERTUBUHAN KOMUNITI SKI (SUNGAI KAPAR INDAH) FASA 5A
  • Lokasi : GELANGGANG BOLA KERANJANG,TAMAN SUNGAI KAPAR INDAH FASA 5A
  • Tel : 0123651695
  • Tarikh : 18/06/2022 - 18/06/2022
  • Masa : 7:27PM - 10:27PM
  • 860


Program ini adalah julung kali diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada umat Islam di taman perumahan ini mengadakan Bacaan Yasin dan Tahlil seperti menghadiahkan pahala bacaan tersebut  kepada arwah keluarga yang telah kembali ke rahmatullah,untuk mendoakan seseorang yang sedang diuji dengan kesakitan dan juga memohon disembuhkan oleh Allah SWT dan memohon agar dimakbulkan Allah sesuatu hajat.


Melalui program ini diharapkan dapat memenuhi keperluan ke arah pengisian sahsiah dan kerohanian bagi mendekatkan umat Islam kepada amalan-amalan yang menjurus kepada ibadat yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan harian. Program ini secara langsung memberi kesedaran dan keinsafan kepada para penduduk agar sentiasa menjadikan ibadah suci sebagai panduan dan pedoman hidup serta menjadi umat yang memenuhi tuntutan agama dan berakhlak mulia.