PERTUBUHAN JARINGAN INTELEK GENERASI MUSLIM (MIKRAJ)
PPM-043-04-10042019
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Jaringan Intelek Generasi Muslim (MIKRAJ) merupakan satu pertubuhan pertubuhan yang menghimpunkan intelektual dan profesional muslim yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan di Malaysia.
Maklumat Pertubuhan
Pertubuhan MIKRAJ telah didaftarkan pada 10 April 2019 di MELAKA dan taraf pertubuhan adalah diperingkat KEBANGSAAN. Semua urusan pertubuhan boleh dialamatkan kepada No. 1479, JALAN REMBIA PERKASA 21, TAMAN REMBIA PERKASA 78000 ALOR GAJAH
MELAKA
Latar Belakang Pertubuhan
Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut :
- Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan berfikir secara kritis serta berpotensi untuk berdaya saing dalam persekitaran global pada masa kini.
- Mewujudkan jaringan di kalangan generasi profesional sebagai sebuah organisasi bagi menggembleng tenaga, usaha dan sumber-sumber yang ada untuk melaksanakan agenda pendidikan, kebajikan dan sosial.
- Menggalakkan pelaksanaan program pendidikan dan pembangunan insaniah yang komprehensif dalam pembentukan sahsiah dan jati diri.
- Menerapkan dan membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi melahirkan sebuah generasi yang berakhlak dan berhemah tinggi.
- Menjalinkan ukhuwah dan menjaga kebajikan di kalangan sesama ahli dan masyarakat melalui aktiviti yang dapat membantu mengeratkan silaturrahim dan sosioekonomi pertubuhan.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut :
A. Ahli Biasa
- ISLAM dan berumur 18 tahun ke atas
B. Ahli Bersekutu
- Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
- Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup
- Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E. Ahli Remaja
- Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
Semua keahlian tertakluk kepada KELULUSAN diperingkat Majlis Tertinggi MIKRAJ
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Perubuhan ini membawa Pertubuhan generasi muslim ke arah agenda pendidikan, sosial dan kebajikan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/mikrajgenerations | |
Youtube | : | tiada |
: | https://www.instagram.com/generasi.mikraj/ | |
: | tiada | |
TikTok | : | tiada |
Laman Web / Blog | : | tiada |
Telegram | : | tiada |