LEMBAGA PENGURUSAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN PAYA RUMPUT JAYA SG. UDANG, MELAKA.
PPM-001-04-05031963
KEBAJIKAN
Kategori
TIADA MAKLUMAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
LEMBAGA PENGURUSAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN PAYA RUMPUT JAYA SG. UDANG MELAKA (PAYASUM)
Maklumat Pertubuhan
PAYASUM,
KM 18, PAYA RUMPUT JAYA
76300 SUNGAI UDANG, MELAKA
TEL: 06-3512364
EMAIL-payasum2010@gmail.com
Latar Belakang Pertubuhan
PAYASUM adalah pusat jagaan yang menghimpunkan anak-anak yatim dan anak-anak miskin, menjaga serta mengurus kebajikan mereka. Selain itu juga, penekanan dari segi pendidikan agama, akhlak dan kecemerlangan akademik menjadi fokus utama seiring dengan peredaran masa untuk melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat. Diasaskan oleh muallim Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Bin Othman pada tahun 1940an. Keahlian di asrama ini terbuka kepada mereka yang beragama Islam lelaki dan perempuan yang berumur di antara 9 hingga 17 tahun. PAYASUM juga merupakan sebuah badan NGO dan Ahli Lembaga Pengurusan terdiri daripada sukarelawan. Lembaga Kebajikan Anak2 Yatim dan Miskin Islam (PAYASUM) ini didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S) pada 05 Mac 1963 dan telah dimigrasi pada 28 November 2013 dengan nama Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin, Paya Rumput Jaya, Sg. Udang, Melaka.
PAYASUM bermatlamat menjaga, melindungi, mengasuh, memberikan pendidikan akademik, diniah, psikometrik dan ko-kurikulum kepada golongan sasar kanak-kanak berusia sembilan hingga tujuh belas tahun selaras dengan DASAR KANAK-KANAK NEGARA. Kanak-kanak merupakan aset kepada kelestarian generasi Malaysia di masa hadapan.
Syarat-Syarat Keahlian
Merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga, memelihar dan menyediakan kediaman kepada anak-anak yatim dan miskin daripada kalangan keluarg
Terbuka kepada orang-orang yang beragama islam, lelaki dan Perempuan khususnya Melayu, yang telah baligh berumur 15 tahun ke atas Menurut undang-undang Islam.
Cara menjadi ahli :-
a) permintaan menjadi ahli biasa hendaklah dibuat didalam satu borang khas dan
permintaan ini mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli-ahli biasa. Semua
permintaan hendaklah dihantar kepada setiausaha kehormat.
b) ahli-ahli boleh memohon untuk menjadi ahli seumur hidup.
c) jawatan kuasa kerja lembaga boleh menolak permintaan
menjadi ahli dengan tiada menerangkan sebab-sebabnya dan keputusannya adalah
muktamat.
Yuran
i) Yuran untuk menjadi ahli sebanyak rm 1.00 setahun
ii) Yuran untuk menjadi ahli seumur hidup rm 25.00.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Dapat bekerjasama dalam memastikan kelangsungan hidup anak-anak yatim dan miskin yang susah, membantu mereka menjalani kehidupan dan mendapatkan pendidikan dalam arus perdana.
Pautan Sosial Media
: | https://web.facebook.com/payasumdihati/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr | |
Youtube | : | https://www.youtube.com/@payasumtv1414 |
: | https://www.instagram.com/payasum/ | |
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |