BERITA | KEBAJIKAN
PROGRAM KETERAMPILAN PENGHUNI PAYASUM (PERKEP) DI BAWAH GERAN MYICE TAHUN 2022

Lembaga Pengurusan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Paya Rumput Jaya Sungai Udang Paya Rumput Sungai Udang Alor Melaka dikenali sebagai PAYASUM, telah berjaya memperolehi geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut pertubuhan ini telah mengadakan Program Keterampilan Penghuni (PERKEP) tahun 2022.


Program ini telah diadakan bermula 24 Ogos 2022 sehingga 15 Oktober 2022 melibatkan 70 orang penghuni dan 15 orang kakitangan. Dengan melibatkan sebelas sesi, iaitu:-


  1. Bengkel Motivasi Home Room, Pertandingan Homeroom, Pertandingan Dodgeball
  2. Bengkel Kemahiran Belajar - Vission Board
  3. Bengkel Kemahiran Pemasangan Pendawaian Elektrik
  4. Bengkel Kemahiran Pertanian
  5. Malam Kebudayaan
  6. Program Aspirasi Rasul
  7. Bangkel Kemahiran Jahitan
  8. Pertandingan Khat
  9. Bangkel Kemahiran Masakan dan Bakat Masterchef

Berlangsung di dalam Kompleks PAYASUM, di alamat km 18, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka, bermatlamat untuk membina keterampilan diri penghuni dari aspek hubungan sosial, pembangunan sahsiah, pencapaian akademik dan diniah dan juga pembangunan bakat.


Program ini berlangsung dengan jayanya dengan kumpulan Squad bar-bar terpilih sebagai Pemenang 'homeroom'.


PAYASUM berhasrat program ini dapat dijadikan program dwi-tahunan dan dapat membangun ketrampilan penghuni di masa hadapan.