PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI RUMAH KASEH PUTRA PERDANA
PPM-027-10-09022018
KEBAJIKAN
Kategori
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PPDK Rumah Kaseh merupakan sebuah NGO di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama komuniti setempat dalam memberi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).
PPDK kami mempunyai 28 orang pelatih OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) terdiri daripada pelatih Autism, Sindrome Down dan Cereberal Palsy.
Maklumat Pertubuhan
VISI
MENJADI SEBUAH PERTUBUHAN YANG DIYAKINI, BERINTEGRITI DAN KOMITED MENGUNGGULI ASPEK SOSIAL, KEBAJIKAN DAN KOMUNITI WARGA PPDK RUMAH KASEH
MISI
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA PELATIH DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG DAPAT BERDIKARI DAN BERJAYA DALAM HIDUP DENGAN KERJASAMA KOMUNITI SETEMPAT
OBJEKTIF PENUBUHAN PDK RUMAH KASEH
- Memberi kesedaran dan kefahaman kepada ibubapa anak-anak OKU tentang pentingnya memberikan terapi seawal usia setelah menerima diagnosis daripada doktor.
- Memberikan proses terapi dan latihan yang lebih mesra anak-anak bagi membantu mereka menjalani pemulihan.
- Membantu ibubapa dan anak-anak dalam menangani masalah untuk menentukan hala tuju pada masa hadapan.
Latar Belakang Pertubuhan
• PDK Rumah Kaseh mula ditubuhkan pada 14hb. April 2010. Pada masa ini, PDK bergerak sendiri tanpa mendapat bantuan dana dari badan kerajaan dan mencari dana sendiri dengan membuat banyak jualan amal. Anak-anak OKU yang berdaftar secara tidak langsung akan dikumpulkan di dewan yang disewakan sebanyak RM40 sebulan dengan kehadiran 2 kali seminggu untuk menjalani terapi.
• Dengan usaha yang tidak pernah jemu-jemu dari komuniti setempat untuk mendapat kelulusan penuh dari JKM maka tertubuhlah sebuah PDK yang terletak di 12-G-07 Apartment Kekwa pada 26 Ogos 2014. Biar pun beroperasi di premis yang agak kurang sesuai dengan keluasan terhad, namun pihak PDK Rumah Kaseh memanjatkan kesyukuran kerana usaha ini mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada komuniti setempat tetapi juga daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
• Memandangkan pelatih OKU yang berdaftar semakin ramai maka penempatan PDK ini telah berpindah ke alamat No 2, Jalan PP 6/27 Taman Putra Perdana pada penghujung tahun Disember 2016 dan mula beroperasi kembali pada awal tahun Januari 2017.
• Sehingga Mac 2023, jumlah pelatih adalah seramai 28 orang di mana 25 orang pelatih menjalani terapi di premis Pdk manakala 3 orang pelatih lagi menerima lawatan di rumah. Pelatih Pdk Rumah Kaseh terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan seperti OKU masalah pembelajaran, OKU fizikal, OKU pedengaran dan OKU Pelbagai. Pdk mempunyai 5 orang petugas termasuk seorang penyelia.
Syarat-Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan adalah dari kalangan komuniti setempat termasuk ibu/bapa kanak-kanak OKU yang menghantar kanak-kanak OKU ke Pusat ini. Kaedah keahlian adalah dengan membayar yuran tahunan sebanyak RM50.00 setahun atau keahlian seumur hidup sebanyak RM150.00.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kelebihan menyertai Pertubuhan ini adalah penyertaan semua aktiviti yang dijalankan samada di dalam atau di luar Pusat ini adalah secara percuma.
Pautan Sosial Media
: | Pdk Rumah Kaseh | |
Youtube | : | |
: | ppdkrumahkaseh | |
: | ||
TikTok | : | @pdkrumahkaseh |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |