AKTIVITI | KEBAJIKAN
TERAPI HIDRO PDK RUMAH KASEH


Terapi Hidro PDK Rumah Kaseh telah dijalankan pada 4 Disember 2022 di Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak. Kos keseluruhan program telah menggunakan dana dari MyICE dan akaun sumbangan PDK. Semua peserta program bertolak ke Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak dengan menaiki bas. Dua buah bas persiaran telah disewa untuk program ini. Pelatih berpeluang merasai pengalaman menaiki bas bersama ahli keluarga dan rakan – rakan. Aktiviti ini juga membantu pelatih untuk berdisipin mengawal diri untuk berada di tempat duduk masing – masing.


Terapi Hidro dimulakan dengan membawa semua pelatih berkumpul di tepi kolam. Semua penjaga telah diberikan penerangan berkaitan keselamatan pelatih semasa di dalam air. Semua pelatih diwajibkan memakai jaket keselamatan atau pelampung ketika memasuki kolam. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti membuat apungan di dalam air, bermain gelongsor air, dan berenang. Pelatih seterusnya di bawa untuk merendam kaki di dalam kolam air panas. Ia membantu melancarkan peredaran darah dan memberi ketenangan kepada pelatih. Di sini juga terdapat taman permainan di dalam kolam menjadikan aktiviti terapi air lebih menyeronokkan.


Pihak pengurusan telah memberi pakej lawatan ke mini zoo di dalam program kami. Pelatih berpeluang melihat pelbagai spesis haiwan dengan lebih dekat, dan berinteraksi dengan memberi haiwan – haiwan tersebut dengan memberi makanan. Keseluruhan program berjalan lancar dan tamat pada pukul 5.30 petang.